Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Saturday, June 11, 2011

Tempahan Nombor Plat Kedah - KDA

Permohonan plat KDA mulai Ahad



(photo taken from google images)

ALOR SETAR - Peminat nombor pendaftaran kenderaan yang menantikan KDA boleh mula membuat permohonan bermula 12 Jun hingga 26 Jun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, pihaknya akan membuka tender bermula pada tarikh itu sehingga jam 12 tengah hari pada hari terakhir.
Menurutnya, nombor pendaftaran KDA menjadi rebutan terutama anak jati Kedah kerana ia singkatan kepada ‘Kedah Darul Aman’ ataupun membawa maksud lain kepada individu.

“Nombor pendaftaran ini simbolik kepada masyarakat di negeri ini, namun kita juga membuka tender ini kepada mereka yang menetap di negeri lain. “Kita juga menganggarkan bidaan nombor pendaftaran KDA ini mampu mencecah RM100,000 kerana mempunyai permintaan yang tinggi daripada orang ramai terutama mereka yang gemar nombor pendaftaran kenderaan,” katanya semalam.

Ahmad Musadad berkata, sebelum ini harga tertinggi nombor pendaftaran kenderaan yang dijual adalah KCQ iaitu mencecah RM85,000 dan diikuti dengan KCT bernilai RM66,000. Beliau berkata, harga minimum yang ditetapkan adalah RM10,000 bagi kategori Nombor Bernilai Utama ataupun Golden Number iaitu bermula angka 1 hingga 10 dan sentiasa menjadi keutamaan serta bernilai tinggi.

Menurutnya, harga minimum bagi kategori Nombor Menarik adalah RM2,000 dan kategori Nombor Popular serta Nombor Semasa ialah RM300. “Mereka yang ingin membuat permohonan perlulah mengisi borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran dan mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri.

“Pemohon juga perlu sertakan surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran, bayaran deposit sebanyak 50 peratus daripada harga tempahan dalam bentuk draf bank, kiriman wang dan wang pos yang dibuat ke atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia,” katanya. Ahmad Musadad berkata, bagi pemilik perniagaan yang ingin memohon perlu disertakan salinan fotostat sijil pendaftaran bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak perlu disertakan salinan lesen perniagaan.

Beliau berkata, mereka yang tinggal di luar negeri ini dan ingin memohon boleh melayari laman web JPJ, iaitu www.jpj.gov.my.

No comments:

Post a Comment