Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Thursday, December 31, 2009

010110



Happy New Year 2010. Wishes all the best.

Monday, December 14, 2009

Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan


Cara Nak Menender Nombor Daftar Kenderaan:

1. Keluar iklan/notis di pejabat JPJ setiap negeri apabila sesuatu nombor plate semasa hampir habis.
Cth: Notis buka tender untuk RJ akan keluar apabila plate nombor RH dah nak habis seperti contoh RH9xxx.

2. Ambil borang tender di pejabat JPJ negeri yg berkenaan
Cth: kalau nak nombor Selangor perlu ambil dan urus di JPJ Selangor.

3. Bayar harga tender di Pejabat Pos (dgn buat kiriman wang/wang pos kpd Ketua Pengarah JPJ).
Cth: Jumlah minima 10% daripada harga tender.

4. Hantar borang tender beserta wang minima pendahuluan harga tender (yg buat kat Pej. Pos tadi) ke Pej. JPJ sebelum tarikh tutup.

5. Harga yg sesuai untuk nak menang tender
- perkara ini yg susah sikit.
-ianya berbeza ikut negeri yg kita nak nombor pendaftarannya.
-negeri Kedah agak mudah kerana tak ramai org luar nak nombor K nya. Maka letak harga yg agak rendah pun Insya-Allah boleh dapat. Pengalaman saya kat Kedah, semua nombor yg saya masuk dapat spt. KBL292 (dah jual), KBN7007 (dah jual), KBU59 (dah jual) dan KCH 59 (masih kekal).
-negeri Perlis agak susah walaupun rakyatnya tak ramai tapi ramai orang luar yg suka nombornya kerana ianya masih 2 huruf maka nampak unik. Saya cuba masuk tender satu nombor iaitu RJ59 tapi tak menang sebab taruk ikut pengalaman di Kedah (RMXXX). Maka sesiapa yg minat nombor Perlis perlu letak lebih tinggi. 2 angka wajib letak RM1XXX keatas.

5. Negeri2 yg kena letak harga yg lebih tinggi ialah WP KL, Selangor, Johor, PPinang, Perlis, Kelantan sebabnya ramai orang yg nak nombor negeri tersebut.

6. Pengalaman kedua saya ialah dengan membeli nombor lama (cantik) yg telah didaftarkan dan hakmilik orang lain. Tapi kena keluar modal lah beb. Tp takpe janji kita dapat nombor yg kita nak tu. Seperti saya dapat nombor DM59 tu ialah dengan membeli daripada tuanpunya Ford Telstar 1983 yg didaftar diKelantan.

Kekawan yg ada persoalan rujuk saya diruangan komen. Tq.

Wednesday, December 9, 2009

Nombor Plate TAY 1

Plate Kenderaan TAY 1

Akhbar Utusan Malaysia (Khamis, 10 Dis. 2009 -ms 13) melaporkan berkenaan nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 yg dipohon oleh 2 orang dengan harga tawaran melebihi RM200,000 walaupun tender bagi nombor tersebut belum lagi dibuka. Ini seperti dilaporkan oleh Pengarah JPJ Terengganu dalam akhbar tersebut.


(photo taken from Google images)

Manakala photo diatas diambil daripada laman web negara luar yg memaparkan nombor plate yg boleh ditempah mengikut huruf dan juga nombor.

Lain padang....lain belalang.

Tuesday, December 8, 2009

Tarikh Mula Akademik Sesi Januari 2010



Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
Tarikh Mula Akademik Sesi Januari 2010

Pendaftaran Pelajar Baru :
11 Jan 2010-Isnin-8.30 pagi (Pelajar Lulusan SPM)
11 Jan 2010-Isnin-2.30 ptg (Pelajar Sijil Kemahiran Khas)
15 Jan 2010-Jumaat-8.30 pagi (Pelajar Lulusan Sijil Politeknik KPT)

Lapor Diri Pelajar Lama :
14 Jan 2010-Khamis-8.30 pagi
(Semua Pelajar Lama kecuali lepasan L.I & bukan Penghuni Kamsis)
15 Jan 2010-Jumaat-9.00 pagi
(Semua Pelajar lepasan L.I. & Semester lain yg bukan Penghuni Kamsis)


Kepada Pelajar Baru :
Selamat Mendaftar Sebagai Warga PTSS

Kepada Pelajar Lama :
Selamat Kembali ke Kampus PTSS





Wednesday, December 2, 2009

Malam Pertama

Semalam adalah Malam Pertama aku..............................ish...ish....ish. bukan cerita masa baru kahwin....tapi malam pertama aku di rumah baru selepas berpindah dari Kuarters Politeknik. Rasa lain macam juga kerana dah setahun 2 bulan baru rumah aku siap selepas dibina pada hujung Oktober tahun 2008.

(photo taken from Google Images)
Aku tak boleh lelap mata maka terus layan TV. Kebetulan cerita best di Channel 701 CSI dari Miami, New York sampai Las Vegas. Maka habis jam 2 pagi baru rasa ngantuk. Pergi tidur pun kejap lena kejap terjaga.

Tapi malam pertama aku di rumah baru telah selamat malam tadi.