Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Monday, December 19, 2011

Nombor 19 Di Dalam Al-Quran

(Photo taken from google image)

Keajaiban Nombor 19 Di Dalam Al-Quran

Al-Quran, kitab yg diperturunkan kpd junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W merupakan keajaiban Allah S.W.T yg terbesar dan terpenting utk umat Islam. Walau kurun berganti kurun, zaman berganti zaman Al-Quran masih sesuai digunakan sbg panduan dan rujukan utk kehidupan semasa kerana isi kandunganya yg begitu lengkap merangkumi plbg bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains. Yang lebih mengagumkan ialah pd tahun 1974 satu kod matematik telah dijumpai tersirat di antara ayat-ayat sucinya.

Penemuan Oleh Dr Rashid Khalifa

Dr. Rashid Khalifa (1935-1990), lahir di Egypt dan merupakan seorang doktor dgn Phd dlm bidang kimia. Bapanya seorang pemimpin dari sebuah kumpulan sufi yg mempunyairibuan pengikut. Dgn mengunakan teknologi komputer, Dr. Rashid tlh memasukan isi kandungan Al-Quran ke dalam komputer untuk mencari makna atau kemungkinan yg tersirat di belakang ayat-ayat Al-Quran ini. Hasilnya pd tahun1974 dia telah menjumpai satu corak matematik yg seolah-olah mengawal dan melindungi kesahihan ayat-ayat Al-Quran dgn nombor-nombor yg berkitar pd nombor 19.

Fakta Ringkas Kod Yang Ditemui. Penemuan Dr. Rashid merangkumi dari fakta kod yg paling nyata dan ringkas hinggalah kpd yg lebih kompleks. Antaranya yg ringkas ialah:

1. Ayat pertama (1:1), 'Bismillah', terdiri drp 19 perkataan.
2. Jumlah surah dlm Al-Quran ialah 114 = 19 x 6 .
3. Jumlah ayat dlm Al-Quran ialah 6346 = 19 x 334.(6234 ayat bernombor dan
112 ayat tidak (Bismillah) 6234+112= 6346) Perhatikan bahawa 6+3+4+6=19.
4. Bismillah muncul 114 kali, walaupun hilang dari surah 9 (ia muncul semula sebanyak 2 kali dlm surah 27).114=19x6
5. Dari Bismillah yg hilang pd surah 9 hingga ke bismillah ekstra pada surah 27, dgn tepatnya terdapat….19 surah.
6. Surah 96, pertama dlm susunan kronologi terdiri drp 19 ayat.
7. Surah terakhir (surah 110) terdiri drp 19 perkataan.
8. Perkataan Allah yg muncul dlm Al-Quran ialah 2698=19x142
9. Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57=19x3.
10. Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf.
11. Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al-Quran juga 19.

Kenapa Nombor 19?

Sebenarnya beberapa kitab asal lain yg diturunkan Allah S.W.T kpd umatnya juga didapati telah dikodkan dgn huruf 19. Kejadian alam juga turut menunjukkan nombor ini. Antaranya matahari, bulan dan bumi berada selari setiap 19 thn, komet Halley melalui sistem solar kita setiap 76 thn=19x4, secara tepat tempoh mengandung ialah 266(19x14) hari atau 38 minggu (19x2). Nombor 19 seolah-olah tanda tangan Allah terhadap ciptaannya. 19 mempunyai nilai matematik yg unik kerana ia adalah no. ganjil dan merupakan gabungan no. pertama(1)dan terakhir (9) yg seolah-olah mengiakan firman Allah s.w.t dlm surah 57 ayat 3 yg bermaksud "Dialah Yang Awal dan Yang Akhir…".

Penemuan kod ini pd Jan,1974(1393 thn Hijrah) bermakna bil. tahun Islam dari turunnya (13 thn sblm hijrah) hingga ke penemuan keajaiban matematik ini (1974)bersamaan dgn 1393+13=1406 thn. Perhatikan juga 1406=19x74. No.19 juga hanya disebut di dlm Quran dlm surah 74. Hubung kait antara 19x74 thn Islam dan 1974 thn solar juga tidak harus diendahkan terutamanya bila no.19 hanya disebut dlm surah 74! Tentunya tidak mungkin ini semua satu kebetulan….. sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Wallahualam………

Dikutip dari laman http://echam76.blogspot.com/2009/07/keajaiban-nombor-19-di-dalam-al-quran.html

Friday, December 16, 2011

Al-Quran dan Nombor

Bukti AlQuran adalah dari Tuhan pencipta alam ini

Nombor Fibonacci adalah salah satu sistem pernomboran alam. Mereka tidak hanya muncul dalam pertumbuhan arnab, tetapi di mana-mana di alam ini. Dari tatacara daun pada tanaman, hinggalah kepada struktur di luar angkasa. Banyak bunga yang berkaitan dengan nombor Fibonacci. Beberapa darinya mempunyai satu pedal. Tiga pedal lebih umum seperti bunga lili dan ‘iris. Beberapa mempunyai 5 pedal seperti buttercup, mawar liar, Larkspur, dan columbines. Beberapa mempunyai 8, 13, 21, 34, 55 dan 89. Semuanya adalah turutan nombor Fibonacci. Bahkan beberapa biji benih buah-buahan cenderung kepada nombor Fibonacci.

Bukti AlQuran adalah dari Tuhan pencipta alam ini

Dalam Quran Ada bbrp perkataan yg diulang dgn bilangan yang menarik. Antaranya :
Day (Hari) – 365 kali
Days (Hari2) 30 kali
Moon (Bulan) 12 kali

Dikutip daripada laman http://hikmatun.wordpress.com/category/al-deenul-islam/al-quran/alquran-dan-sains/



Thursday, August 25, 2011

Nombor plat kenderaan Malaysia

(photo taken from google image)

Nombor plat kenderaan Malaysia
-merupakan plat nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran plat lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Awalan huruf plat
-Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
• A = Negeri Perak
• B = Selangor
• C = Pahang
• D = Kelantan
• E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
o EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
o ES: Sandakan
o ET: Tawau
o ED: Lahad Datu
o EU: Keningau
o EK: Kudat
o EL: Labuan
• F = -tiada-
• G = -tiada-
• H = Teksi
• I = -tiada-
• J = Johor
• K = Kedah
o KV = Langkawi
• L = Labuan
• M = Melaka
• N = Negeri Sembilan
• O = -tiada-
• P = Pulau Pinang
• Q = Sarawak
o QA dan QK: Kuching
o QB: Sri Aman
o QC: Samarahan
o QL: Limbang
o QM: Miri
o QP: Kapit
o QR: Sarikei
o QS: Sibu
o QT: Bintulu
• R = Perlis
• S = Sabah, dulu E
o SA: Kota Kinabalu
o SB: Beaufort
o SD: Lahad Datu
o SK: Kudat
o SS: Sandakan
o ST: Tawau
o SU: Keningau
• T = Terengganu
• U = -tiada-
• V = -tiada-
• W = Kuala Lumpur
• X = -tiada-
• Y = -tiada-
• Z = Tentera
o Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
o ZA ke ZD: Tentera
o ZL: Tentera Laut Malaysia
o ZU: Tentera Udara Malaysia
o ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
o JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Nombor plat khas
1. Putrajaya
2. Proton
3. WAJA
4. Persona
5. Tiara
6. Perdana
7. Satria
8. Chancellor
9. Perodua
10. NAZA
11. LOTUS
12. KRISS
13. Jaguh
14. BAMBee
15. SUKOM
16. X OIC
17. XIII NAM
18. XI ASEAN
19. XXX IDB
20. G1M

Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Nombor_plat_kenderaan_Malaysia

Thursday, August 11, 2011

Tender plat “KDA” berjumlah RM762,601

(photo taken from google image)

Article below retrieved from http://beritaharian.org/tender-plat-%E2%80%9Ckda%E2%80%9D-berjumlah-rm762601.html 07/08/2011 1:55pm

ALOR SETAR – Nombor pendaftaran kenderaan “KDA” mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas. Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut. “Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100. KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.
Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. – Bernama

Wednesday, July 6, 2011

NOMBOR DALAM ISLAM

(image taken from google)

SOALAN TEKA-KATA

Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan 2 di bawah sinaran matahari?”

JAWAPAN
Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 
2 di bawah sinaran matahari maknanya:

Pohon adalah Tahun: 1 Pohon = 1 Tahun
12 Ranting adalah 12 Bulan (dalam setahun)
30 Daun adalah 30 Hari (dalam sebulan)
5 Buah adalah Solat 5 waktu (dalam sehari)
3 di bawah teduhan = 3 waktu solat dikerjakan di malam hari
dan
2 di bawah sinaran matahari = 2 waktu solat dikerjakan di siang hari.

Sunday, July 3, 2011

The Latest Malaysian Plate Number as at July 3, 2011

(photo just for illustration, taken from google image)

Malaysian Plate Number as at Sun Jul 3 17:35:00 2011

Perak AHP4642             Selangor BLH1371
Pahang CCV3018          Kelantan DBV9036
Johor JMY6184             Kedah KCY7535
Langkawi KV1060D      Labuan LD6403
Melaka MCB6635         N Sembilan NCN3224
Pulau Pinang PKE3923  Kuching QAX3281
Sri Aman QBB287         K Samarahan QCC1924
Limbang QLA4989        Miri QMR5121
Kapit QP6058                Sarikei QRF9236
Sibu QSU8443               Bintulu QTH7405
Perlis RJ6761                 Kota Kinabalu SAB5083F
Beaufort SB2978B         Lahad Datu SD9576F
Kudat SK850A               Sandakan SS1566P
Tawau ST4354P              Keningau SU4876B
Terengganu TBD1344    Kuala Lumpur WVM3854

Thursday, June 30, 2011

RAHSIA NOMBOR DALAM ISLAM

(taken from google images)
Rahsia disebalik nombor, tarikh kelahiran dan sebagainya
(Edited text from http://www.islamictazkirah.com/tazkirah/rahsia-nombor-dalam-islam-rahsia-disebalik-nombor-tarikh-kelahiran-dan-sebagainya)

“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”
(Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 )

Kata ‘ukuran’ membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk ‘bahasa’ sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah bilangannya. Tidak kiralah ‘bahasa’ apa sebutan yang digunakan untuk memanggil angka ini, ia merujuk kepada ‘perkara’ (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali), UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu). Ia adalah simbol universal. Ia adalah BAHASA ALAM.

Begitu jugalah ‘sesuatu pada sisi-Nya’ yang bersifat UKURAN iaitu NOMBOR. Allah ‘berbicara’ tentang nombor secara jelas (tersurat) dan tersembunyi (tersirat) melalui kalam-Nya di dalam Al-Quran. Ada yang mampu ‘terlihat’ dan jelas terbentang namun ada juga yang tersembunyi dan harus direnungi dan dihayati makna yang tersembunyi. Benarlah firmanNya yang bermaksud: “Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Q.S. Yunus 10: 5)

RAHSIA Surah Al-Fatihah

“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.” (Q.S. Al Hijr 15: 87).

Sebagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Hakikatnya memang benar, 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat. Hakikatnya juga ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali solat sehari semalam. Surah inilah yang dibaca ketika berdoa. Surah inilah yang dibaca di majlis-majlis.

“Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali”

Sedarkah kita bahawa KALENDAR HIJRAH memainkan PERANAN BESAR dalam IBADAH kita. Dan ibadah kita adalah PENGUKUR kedudukan kita sebagai abdi-Nya. Malah ibadah adalah PEMBENTUKKAN DAN PENJANAAN ENERGI (ROH) HIDUP untuk menentukan kualiti kehidupan kita. Sedarkah kita bahawa kita menggunakan KALENDAR HIJRAH untuk:

  • Sambut Awal Muharam
  • Maulidul Rasul
  • Hari Nisfu Syaaban
  • Nuzul Al-Quran
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Hari Raya Eidul Fitri – Zakat Fitrah
  • Hari Raya Eidul Adha – Ibadah Qurban
  • Menentukan WAKTU-WAKTU SOLAT
  • Menentukan tarikh mula PUASA
  • Menentukan tarikh HARI RAYA Eidul Fitri
  • Menentukan Hari Wukuf di Arafah

Saturday, June 25, 2011

Nombor Kenderaan - Unik

Saya petik photo-photo kenderaan dengan nombor pendaftaran yg unik ini daripada add web berikut:


MAFIA- mungkin nak bagi kejutan atau gurauan dengan word "MAFIA" ni.











TV3 - kereta ni pulak mungkin milik bos / tauke stesen TV3 ataupun sesiapa yg kerja kat TV3.....atau sesiapa yg ada kaitan dengan TV3. ataupun juga teruja dengan stesen TV tersebut.







CAS10- ini pulak mungkin ada kaitan dengan mesin kalkulator yg kita selalu guna brand CASIO tu. Samada tauke.......anak tauke...atau apa2 saja yg berkaitan dgnnya.....hihihi.



Yang pasti.....plate kenderaan yg ada bunyi...boleh disebut dan ada makna mudah diingat oleh orang...UNIK dan ada erti tersendiri kepada pemilik.....Anda bagaimana pula?

Saturday, June 11, 2011

Tempahan Nombor Plat Kedah - KDA

Permohonan plat KDA mulai Ahad



(photo taken from google images)

ALOR SETAR - Peminat nombor pendaftaran kenderaan yang menantikan KDA boleh mula membuat permohonan bermula 12 Jun hingga 26 Jun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, pihaknya akan membuka tender bermula pada tarikh itu sehingga jam 12 tengah hari pada hari terakhir.
Menurutnya, nombor pendaftaran KDA menjadi rebutan terutama anak jati Kedah kerana ia singkatan kepada ‘Kedah Darul Aman’ ataupun membawa maksud lain kepada individu.

“Nombor pendaftaran ini simbolik kepada masyarakat di negeri ini, namun kita juga membuka tender ini kepada mereka yang menetap di negeri lain. “Kita juga menganggarkan bidaan nombor pendaftaran KDA ini mampu mencecah RM100,000 kerana mempunyai permintaan yang tinggi daripada orang ramai terutama mereka yang gemar nombor pendaftaran kenderaan,” katanya semalam.

Ahmad Musadad berkata, sebelum ini harga tertinggi nombor pendaftaran kenderaan yang dijual adalah KCQ iaitu mencecah RM85,000 dan diikuti dengan KCT bernilai RM66,000. Beliau berkata, harga minimum yang ditetapkan adalah RM10,000 bagi kategori Nombor Bernilai Utama ataupun Golden Number iaitu bermula angka 1 hingga 10 dan sentiasa menjadi keutamaan serta bernilai tinggi.

Menurutnya, harga minimum bagi kategori Nombor Menarik adalah RM2,000 dan kategori Nombor Popular serta Nombor Semasa ialah RM300. “Mereka yang ingin membuat permohonan perlulah mengisi borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran dan mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri.

“Pemohon juga perlu sertakan surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran, bayaran deposit sebanyak 50 peratus daripada harga tempahan dalam bentuk draf bank, kiriman wang dan wang pos yang dibuat ke atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia,” katanya. Ahmad Musadad berkata, bagi pemilik perniagaan yang ingin memohon perlu disertakan salinan fotostat sijil pendaftaran bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak perlu disertakan salinan lesen perniagaan.

Beliau berkata, mereka yang tinggal di luar negeri ini dan ingin memohon boleh melayari laman web JPJ, iaitu www.jpj.gov.my.

Friday, May 27, 2011

Plate Dubai

Plate kenderaan di Dubai sangat berbeza dengan negara kita. Cuba lihat gambar diatas. Lain padang maka lain belalang. Hihihi.....

Thursday, May 19, 2011

NOMBOR PLATE KENDERAAN MALAYSIA (19 MEI 2011)

NOMBOR PLATE KENDERAAN MALAYSIA HARI INI

KHAMIS 19 MEI 2011 JAM 12:35:01


(PHOTO TAKEN FROM GOOGLE IMAGES)
 

Perak AHN4543
Selangor BLF8454
Pahang CCU6769
Kelantan DBV3517
Johor JMW7520
Kedah KCY1669
Langkawi KV930D
Labuan LD6028
Melaka MCB3247
N Sembilan NCM9589
Pulau Pinang PKD1547
Kuching QAW9440
Sri Aman QBA9904
K Samarahan QCC1761
Limbang QLA4865
Miri QMR3523
Kapit QP5943
Sarikei QRF8224
Sibu QSU6034
Bintulu QTH6067
Perlis RJ6212
Kota Kinabalu SAB1601F
Beaufort SB2697B
Lahad Datu SD7968F
Kudat SK674A
Sandakan SS147P
Tawau ST3064P
Keningau SU4649B
Terengganu TBC6892
Kuala Lumpur WVH4496

Wednesday, May 4, 2011

Plate Number As At 4 May 2011

Malaysian Plate Number
as atWed May 4 17:35:00 2011

Perak                      AHN1499
Selangor                  BLF4644
Pahang                    CCU5073
Kelantan                  DBV2057
Johor                       JMW2377
Kedah                     KCX9373
Langkawi                 KV865D
Labuan                     LD5948
Melaka                    MCB2243
N Sembilan              NCM7820
Pulau Pinang             PKC7002
Kuching                   QAW7443
Sri Aman                 QBA9782
K Samarahan           QCC1725
Limbang                   QLA4836
Miri                          QMR2977
Kapit                        QP5919
Sarikei                      QRF7902
Sibu                          QSU5103
Bintulu                       QTH5580
Perlis                         RJ6022
Kota Kinabalu           SAB358F
Beaufort                    SB2606B
Lahad Datu               SD7506F
Kudat                       SK605A
Sandakan                  SS9573N
Tawau                       ST2648P
Keningau                   SU4593B
Terengganu                TBC5622
Kuala Lumpur            WVG4031

Sunday, April 17, 2011

Majlis Konvo PTSS ke-5 Tahun 2011


Majlis Konvo PTSS ke-5 tahun 2011
Tarikh: 9 Mei 2011 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi (Sidang I), 2.00 Ptg (Sidang II)
Tempat: Dewan Harum Manis PTSS

Majlis Raptai & Pengambilan Jubah Graduan
Tarikh: 8 Mei 2011 (Ahad)
Masa & Tempat: 8.45 - 10.45 pagi (Pengambilan Jubah: Bilik Kuliah BK1-1.1)
11.00 pagi (Raptai Konvo: Dewan Harum Manis)

Tuesday, April 5, 2011

Akhirnya.....

Result kenaikan gred dari DH41 ke DH44 boleh diperolehi mulai hari ini di laman web ESis BLPK JPP, KPT. Tahniah kepada yg berjaya.

Monday, March 28, 2011

44

(image taken from google)

Bagi kekawan dalam skim PPPT politeknik....tentu dah faham nombor 44 ni....hihihi. Tentulah kenaikan gred ke DH44 sebab sekarang ni musim yg ditunggu-tunggu setelah sekian lama. 

Wednesday, March 23, 2011

Nombor

NOMBOR
(notes : from wikipedia.org; graphic from google.com)
Nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Simbol untuk nombor dipanggil angka. Dalam penggunaan biasa, angka sering digunakan sebagai label (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor bersiri), dan kod (ISBN). Dalam bidang matematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumi keabstrakan seperti pecahan, nisbah, serta nombor-nombor negatif, transenden, dan kompleks.


Operasi-operasi aritmetik untuk nombor, seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian, dibuat lebih umum dalam cabang matematik yang dikenali sebagai algebra niskala. Algebra niskala ialah kajian tentang sistem-sistem nombor abstrak, seperti kumpulan, gelanggang dan medan.

Friday, March 4, 2011

Nombor 1

Sedikit info kuasa ALLAH TAALA.
Tahun ni 2011 mempunyai 4 tarikh tanggal aneh:- 1.1.11.... 11.1.11....1.11.11.....11.11.11. Sekarang anda cuba kira ini pula:- ambil 2 digit terakhir tahun lahir anda dan campurkan + 2 digit tersebut dengan dengan umur anda tahun ini. hasilnya pasti = 111.
Subhanallah.

Thursday, January 20, 2011

Dah Lama Tak MemBlog

(photo : bored man - taken from google images)

Aku dah lama tak masuk blog dan menulis sebarang topik......bukannya apa...tapi dah hilang selera nak menulis....tapi sebenarnya dok menulis juga benda lain cuma selera menulis di blog dah kurang. Takut silap tulis.....menyentuh sensitiviti pihak lain...kena saman pulak. Sekarang nih....paper asyik keluar cerita saman-menyaman antara satu dgn yg lain aje.

Baru-baru nih kekawan blog semasa berbual di HP ada tanya ttg dah lama tak memblog ni. So hari nih aku cuba la masuk dan tulis sesuatu bagi dapat balik feel.

Tapi tak tau nak tulis topik apa....maka aku keluar dulu lah.....Ok Bye.