Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Thursday, August 25, 2011

Nombor plat kenderaan Malaysia

(photo taken from google image)

Nombor plat kenderaan Malaysia
-merupakan plat nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran plat lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Awalan huruf plat
-Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
• A = Negeri Perak
• B = Selangor
• C = Pahang
• D = Kelantan
• E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
o EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
o ES: Sandakan
o ET: Tawau
o ED: Lahad Datu
o EU: Keningau
o EK: Kudat
o EL: Labuan
• F = -tiada-
• G = -tiada-
• H = Teksi
• I = -tiada-
• J = Johor
• K = Kedah
o KV = Langkawi
• L = Labuan
• M = Melaka
• N = Negeri Sembilan
• O = -tiada-
• P = Pulau Pinang
• Q = Sarawak
o QA dan QK: Kuching
o QB: Sri Aman
o QC: Samarahan
o QL: Limbang
o QM: Miri
o QP: Kapit
o QR: Sarikei
o QS: Sibu
o QT: Bintulu
• R = Perlis
• S = Sabah, dulu E
o SA: Kota Kinabalu
o SB: Beaufort
o SD: Lahad Datu
o SK: Kudat
o SS: Sandakan
o ST: Tawau
o SU: Keningau
• T = Terengganu
• U = -tiada-
• V = -tiada-
• W = Kuala Lumpur
• X = -tiada-
• Y = -tiada-
• Z = Tentera
o Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
o ZA ke ZD: Tentera
o ZL: Tentera Laut Malaysia
o ZU: Tentera Udara Malaysia
o ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
o JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Nombor plat khas
1. Putrajaya
2. Proton
3. WAJA
4. Persona
5. Tiara
6. Perdana
7. Satria
8. Chancellor
9. Perodua
10. NAZA
11. LOTUS
12. KRISS
13. Jaguh
14. BAMBee
15. SUKOM
16. X OIC
17. XIII NAM
18. XI ASEAN
19. XXX IDB
20. G1M

Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Nombor_plat_kenderaan_Malaysia

Thursday, August 11, 2011

Tender plat “KDA” berjumlah RM762,601

(photo taken from google image)

Article below retrieved from http://beritaharian.org/tender-plat-%E2%80%9Ckda%E2%80%9D-berjumlah-rm762601.html 07/08/2011 1:55pm

ALOR SETAR – Nombor pendaftaran kenderaan “KDA” mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas. Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut. “Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100. KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.
Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. – Bernama