Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Thursday, June 30, 2011

RAHSIA NOMBOR DALAM ISLAM

(taken from google images)
Rahsia disebalik nombor, tarikh kelahiran dan sebagainya
(Edited text from http://www.islamictazkirah.com/tazkirah/rahsia-nombor-dalam-islam-rahsia-disebalik-nombor-tarikh-kelahiran-dan-sebagainya)

“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”
(Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 )

Kata ‘ukuran’ membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk ‘bahasa’ sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah bilangannya. Tidak kiralah ‘bahasa’ apa sebutan yang digunakan untuk memanggil angka ini, ia merujuk kepada ‘perkara’ (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali), UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu). Ia adalah simbol universal. Ia adalah BAHASA ALAM.

Begitu jugalah ‘sesuatu pada sisi-Nya’ yang bersifat UKURAN iaitu NOMBOR. Allah ‘berbicara’ tentang nombor secara jelas (tersurat) dan tersembunyi (tersirat) melalui kalam-Nya di dalam Al-Quran. Ada yang mampu ‘terlihat’ dan jelas terbentang namun ada juga yang tersembunyi dan harus direnungi dan dihayati makna yang tersembunyi. Benarlah firmanNya yang bermaksud: “Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Q.S. Yunus 10: 5)

RAHSIA Surah Al-Fatihah

“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.” (Q.S. Al Hijr 15: 87).

Sebagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Hakikatnya memang benar, 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat. Hakikatnya juga ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali solat sehari semalam. Surah inilah yang dibaca ketika berdoa. Surah inilah yang dibaca di majlis-majlis.

“Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali”

Sedarkah kita bahawa KALENDAR HIJRAH memainkan PERANAN BESAR dalam IBADAH kita. Dan ibadah kita adalah PENGUKUR kedudukan kita sebagai abdi-Nya. Malah ibadah adalah PEMBENTUKKAN DAN PENJANAAN ENERGI (ROH) HIDUP untuk menentukan kualiti kehidupan kita. Sedarkah kita bahawa kita menggunakan KALENDAR HIJRAH untuk:

  • Sambut Awal Muharam
  • Maulidul Rasul
  • Hari Nisfu Syaaban
  • Nuzul Al-Quran
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Hari Raya Eidul Fitri – Zakat Fitrah
  • Hari Raya Eidul Adha – Ibadah Qurban
  • Menentukan WAKTU-WAKTU SOLAT
  • Menentukan tarikh mula PUASA
  • Menentukan tarikh HARI RAYA Eidul Fitri
  • Menentukan Hari Wukuf di Arafah

No comments:

Post a Comment