Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Monday, November 1, 2010

Nombor Plate Terkini - JPJ

(photo taken from google image)


Bolehlah check jika sapa-sapa nak masuk tender atau booking plate kat JPJ. Harap maklum.

Friday, October 15, 2010

Antara Bonus 2 Bulan Gaji dan Bantuan Khas RM500

Salam semua.
Semalam PM dah bentang Bajet 2011. Antara kandungan yg ditunggu oleh gomen servants - pekerja perkhidmatan awam hampir 1.2 juta orang tu ialah permintaan CEUPACS kepada kerajaan sebanyak 2 bulan gaji sebagai bonus atas penat lelah kakitangan awam selama ini.

Namun harapan tetap tinggal harapan dimana tiada sebarang bayaran bonus diberi bermakna RM0 tidak seperti beberapa tahun mutakhir ini seperti 1/2 bulan gaji atau minima RM1000 kepada setiap orang.

Yang ada hanya Bantuan Khas sebanyak RM500 seorang kepada semua gred 54 dan kebawah. Maka bantuan tak sama makna dengan bonus. Bonus sebagai pengiktirafan atas kejayaan sesuatu seperti prestasi yg bagus dll. Bantuan pula apa-apa barangan yg diberi kepada pihak yg susah dan memerlukan pertolongan.

?????????.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

(photo from google image)

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi. Juga diucapkan selamat bercuti kepada semua. Moga dimaafkan segala salah dan silap antara kita semua.
Amin.

Wednesday, August 11, 2010

Sunday, July 11, 2010

SCORE 1-0

Nilai score goal 1-0 kemenangan Spain keatas Holland. Kita semua orang M'sia yg team kita dok kat ranking 164 (kalau tak salah) telah berhempas-pulas dan bersengkang mata selama sebulan dok tengok bola. Kejap sokong Brazil.....lepas kalah dok sokong Argentina pulak.......lepas kalah sokong


(photo taken from google image)

Germany la pulak.....Semalam berkahirlah sudah Spain menang 1-0 keatas Holland. Score kemenangan sangat kecil tapi nilainya sangat besar....

Rakyat Spain dikatakan akan lupa buat tempoh yg agak lama masalah kegawatan ekonomi yg melanda negara mereka skrg ini dek kemenangan tersebut.

Manakala kita pula rakyat M'sia dok bersama-sama dan beramai-ramai di kedai mamak, menonton bola selama 1 bulan. Semangat 1Malaysia berjaya dipupuk selama 1 bulan dek kerana bola tu......

Bukan takat kita manusia yg dok sokong bola......sapa menang tu. Sotong kurita, Paul dari Germany juga ada pilihan, Mani burung dari Singapore juga tak ketinggalan turut serta dalam memilih pasukan masing-masing.

Pakat kata.......1 dunia terlibat, bukan 1Malaysia sahaja.

Wednesday, July 7, 2010

Pelancaran Blog HEP PTSS


Satu blog khas untuk urusan pejabat HEP dgn para pelajar PTSS sedang diusahakan dan dalam pembinaan. Sila layari site  tersebut untuk menyertainya. Sekian.

Tuesday, July 6, 2010

Tuntut Ilmu Sampai ke Negara China

Idea topik post ini saya dapat di ofis petang tadi apabila staf tanya tentang cara2 nak buat blog....depa cadang nak buat 1 blog untuk pejabat HEP........Good idea kerana ianya boleh menyalurkan maklumat kepada org lain terutama students secara dalam maya......disamping counter service. Depa minta tolong ttg bagaimana nak open account. Ini satu ilmu yg berguna dlm menongkah arus dunia siber skrg ini.

Tak kira ilmu apa yg kita minat/suka/wajib...........tuntutlah ia ........akan menajamkan minda seseorang.......otak tak berkarat....fikiran lebih terbuka....senang berbincang atau tukar pendapat.......

Ilmu formal......diploma, degree, master, phd..... atau apa2.
Ilmu tak formal......baca majalah, baca buku, atau apa2 bacaan.
Ilmu agama.......baca kitab tapi kena rujuk tok guru.....
Ilmu alam......banyak berjalan, banyaklah pengalaman.

Tapi jangan la pulak ilmu tak elok........ilmu sihir, ilmu hitam atau apa2 ilmu yg sewaktu dgnnya.
Tengah beratur untuk terima sijil konvokesyen Taska An-Najjah Arau selepas 2 tahun menuntut ilmu disitu.

Monday, June 28, 2010

21-06-2010

Akhirnya...........
21-06-2010 tiba...........
Yang diketahui dan ditunggu-tunggu kedatangan pelajar baru PTSS sesi Jun 2010..setelah berhempas-pulas semua staf HEP maka datanglah beramai-ramai hampir 1200 pelajar ke PTSS mendaftar sebagai warga baru kami. Skrg ini kampus politeknik bertambah meriah kerana kemana saja akan berselisih dgn pelajar. Tak spt dulu yg sunyi sepi kerana tak ramai orang kat Ulu Pauh ini.....

21-06-2010 tiba...........
Yang tidak diketahui dan tidak ditunggu-tunggu tiba.....kerana tiada maklumat awal...
Tetiba aja..sampai email bagitau bhw keputusan permohonan HLP 2011 dah keluar. Semua pemohon boleh semak kat web di https:||payloan2.mohe.gov.my. Sungguh berdebar-debar kerana ini 2nd time mohon dan last chance pohon coz' faktor had umur syiling.....

21-06-2010 memberi khabar gembira akhirnya.........

Syukur alhamdulillah ke-2 usaha diatas berjalan lancar setakat ini.

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Monday, June 14, 2010

LOT BANGLO 4 SALE

Tanah lot untuk banglo di Taman Siswa Bandar Darulaman, Jitra untuk dijual. Keluasan +5000 sft. Kawasan banglo mewah. Siap dengan pagar dan pokok buah2an spt durian dll. "Hot in town". Asking price RM120K. Boleh contact aku kalau minat....DzulMusa 014-602 9559.

Selamat Datang Pelajar Baru PTSS Sesi Jun 2010

Selamat datang kepada para pelajar baru Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin sesi Jun 2010.
Ketahuilah bahawa "Ilmu itu Tangga Kejayaan" dan juga "Ilmu itu Pelita Hidup". Menuntut ilmu menjadikan kita seorang yang lebih terbuka fikiran dan melihat sesuatu perkara dalam perspektif yang berbeza kerana ilmu yang kita ada. Tak kiralah apa ilmu yg kita ada asalkan yg bermanafaat.

Sekali lagi syabas dan tahniah. Selamat menjadi warga PTSS.

Monday, April 12, 2010

Hulu Selangor By-Election


In the future is it Malaysia come with a collition party with all races or single party without tagline of races?
Means that BN vs PKR?

Day 17 April, BN may highlight the candidate from MIC.........and PKR may come from Malay candidate.....?

At the end..........whose candidate will be chosen by people of Hulu Selangor?

Wait n see.

Saturday, April 3, 2010

17.4.2010


(photo dari yahoo image)

Ataupun April 17, 2010 adalah tarikh penamaan calon PRK P94-Hulu Selangor.....sangat menarik untuk mengikuti hal-hal politik mutakhir ini untuk melihat sejauh mana kekuatan BN dan PR.

Seperkara lagi kawasan Hulu Selangor terdapat pelbagai kaum dimana ketiga-tiga kaum utama negara mempunyai peratusan yg ketara......anggaran M (60%), C (25%) & I (15%). Maka perhatian tertumpu kepada calon kaum mana yg akan diketengahkan untuk bertanding...

Trend semasa agak berubah semenjak PRU ke-12 tahun 2009 (setahun lepas) dimana pemilihan calon perlu diberi perhatian utama bukan lagi spt dahulu.........semenjak PRU tahun lepas.

Sama-sama kita tunggu nanti.

DM

Wednesday, March 24, 2010

Yang Mana 1?


Yang mana 1 status kita? Juga yang mana 1 pilihan bos kita.........
Petikan daripada ucapan perhimpunan staf pagi tadi.......


1) staf yg cakap banyak...........kerja jalan = ??????
2) staf yg cakap tak banyak--------kerja jalan = kena buli
3) staf yg datang kerja .............tapi malas kerja = ?????
4) staf yg suka ponteng ........... juga malas kerja = lebih baik mati

*tanda ????? kat perkara 1) dan 3) ....aku dah lupa kiasannya.


Hihihihi.........

Saturday, March 13, 2010

Konvo ke-4 PTSS

(photo dari Buku Jemputan Konvo PTSS)

Semua graduan PTSS.............konvo kali ke-4 PTSS akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 April 2010
Hari: Isnin
Sidang I (Diploma): 8.15 pagi
Sidang II (Sijil): 2.15 ptg
Tempat: Dewan PTSS

Sebarang makluman..hubungi HEP di talian 04-988 6206/07

Tuesday, February 23, 2010

25 Feb 2010

Dah 1 bulan aku tak masuk blog sendiri.........juga baca blog kawan-kawan. Bukan apa, takda mood sebab banyak benda kena buat awal tahun 2010. Daripada kerja rasmi spt pengambilan dan pendaftaran pelajar kepada kerja tak rasmi atau kerja sendiri iaitu mengaji.........part time.

Pada 25 Feb 2010 (khamis), TPM akan bertemu dan berucap di Putrajaya mengumumkan politeknik premier yg terpilih dikalangan yg memohon. Maka akan diketahuilah esok politeknik mana yg berjaya dan yg tak berjaya......namun aku tertanya-tanya persoalan yg belum terjawab semasa road-show oleh BLK ke Poli aku.....masa depan sistem politeknik termasuk politeknik yg bergelar premier tu. Masa depan staf...adakah akan wujud 2 kasta staf bagi 2 jenis politeknik yg berbeza....staf di poli premier dan bukan premier.....

Kalau kita lihat di laman sesawang (web la...bukan laman penuh sawang lak) http://www.politeknik.edu.my/ telah diubah misi dan visi Politeknik KPT daripada melahirkan graduan separa profesional (semi-pro) kepada yg baru (lihat sendiri kat web tu la....)...adakah ini menggambarkan perubahan yg bakal melanda dalam sistem poli kita....

Sama-sama kita tunggu pengumuman oleh TPM nanti.

Wednesday, January 20, 2010

Jawapan kepada soalan Hj Danial

Tn Hj, nombor DAN XXXX boleh dicuba masuk ke link site berkaitan nombor & kenderaan dalam blog saya disebelah kiri page......motor trader ataupun nombor kereta. Tk. Ataupun ada satu rahsia lagi yg tak boleh nak bagitau kat dalam blog ini. Kena email kat saya di dzulmusa@yahoo.co.uk. TK.