Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Thursday, December 31, 2009

010110



Happy New Year 2010. Wishes all the best.

Monday, December 14, 2009

Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan


Cara Nak Menender Nombor Daftar Kenderaan:

1. Keluar iklan/notis di pejabat JPJ setiap negeri apabila sesuatu nombor plate semasa hampir habis.
Cth: Notis buka tender untuk RJ akan keluar apabila plate nombor RH dah nak habis seperti contoh RH9xxx.

2. Ambil borang tender di pejabat JPJ negeri yg berkenaan
Cth: kalau nak nombor Selangor perlu ambil dan urus di JPJ Selangor.

3. Bayar harga tender di Pejabat Pos (dgn buat kiriman wang/wang pos kpd Ketua Pengarah JPJ).
Cth: Jumlah minima 10% daripada harga tender.

4. Hantar borang tender beserta wang minima pendahuluan harga tender (yg buat kat Pej. Pos tadi) ke Pej. JPJ sebelum tarikh tutup.

5. Harga yg sesuai untuk nak menang tender
- perkara ini yg susah sikit.
-ianya berbeza ikut negeri yg kita nak nombor pendaftarannya.
-negeri Kedah agak mudah kerana tak ramai org luar nak nombor K nya. Maka letak harga yg agak rendah pun Insya-Allah boleh dapat. Pengalaman saya kat Kedah, semua nombor yg saya masuk dapat spt. KBL292 (dah jual), KBN7007 (dah jual), KBU59 (dah jual) dan KCH 59 (masih kekal).
-negeri Perlis agak susah walaupun rakyatnya tak ramai tapi ramai orang luar yg suka nombornya kerana ianya masih 2 huruf maka nampak unik. Saya cuba masuk tender satu nombor iaitu RJ59 tapi tak menang sebab taruk ikut pengalaman di Kedah (RMXXX). Maka sesiapa yg minat nombor Perlis perlu letak lebih tinggi. 2 angka wajib letak RM1XXX keatas.

5. Negeri2 yg kena letak harga yg lebih tinggi ialah WP KL, Selangor, Johor, PPinang, Perlis, Kelantan sebabnya ramai orang yg nak nombor negeri tersebut.

6. Pengalaman kedua saya ialah dengan membeli nombor lama (cantik) yg telah didaftarkan dan hakmilik orang lain. Tapi kena keluar modal lah beb. Tp takpe janji kita dapat nombor yg kita nak tu. Seperti saya dapat nombor DM59 tu ialah dengan membeli daripada tuanpunya Ford Telstar 1983 yg didaftar diKelantan.

Kekawan yg ada persoalan rujuk saya diruangan komen. Tq.

Wednesday, December 9, 2009

Nombor Plate TAY 1

Plate Kenderaan TAY 1

Akhbar Utusan Malaysia (Khamis, 10 Dis. 2009 -ms 13) melaporkan berkenaan nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 yg dipohon oleh 2 orang dengan harga tawaran melebihi RM200,000 walaupun tender bagi nombor tersebut belum lagi dibuka. Ini seperti dilaporkan oleh Pengarah JPJ Terengganu dalam akhbar tersebut.


(photo taken from Google images)

Manakala photo diatas diambil daripada laman web negara luar yg memaparkan nombor plate yg boleh ditempah mengikut huruf dan juga nombor.

Lain padang....lain belalang.

Tuesday, December 8, 2009

Tarikh Mula Akademik Sesi Januari 2010



Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
Tarikh Mula Akademik Sesi Januari 2010

Pendaftaran Pelajar Baru :
11 Jan 2010-Isnin-8.30 pagi (Pelajar Lulusan SPM)
11 Jan 2010-Isnin-2.30 ptg (Pelajar Sijil Kemahiran Khas)
15 Jan 2010-Jumaat-8.30 pagi (Pelajar Lulusan Sijil Politeknik KPT)

Lapor Diri Pelajar Lama :
14 Jan 2010-Khamis-8.30 pagi
(Semua Pelajar Lama kecuali lepasan L.I & bukan Penghuni Kamsis)
15 Jan 2010-Jumaat-9.00 pagi
(Semua Pelajar lepasan L.I. & Semester lain yg bukan Penghuni Kamsis)


Kepada Pelajar Baru :
Selamat Mendaftar Sebagai Warga PTSS

Kepada Pelajar Lama :
Selamat Kembali ke Kampus PTSS





Wednesday, December 2, 2009

Malam Pertama

Semalam adalah Malam Pertama aku..............................ish...ish....ish. bukan cerita masa baru kahwin....tapi malam pertama aku di rumah baru selepas berpindah dari Kuarters Politeknik. Rasa lain macam juga kerana dah setahun 2 bulan baru rumah aku siap selepas dibina pada hujung Oktober tahun 2008.

(photo taken from Google Images)
Aku tak boleh lelap mata maka terus layan TV. Kebetulan cerita best di Channel 701 CSI dari Miami, New York sampai Las Vegas. Maka habis jam 2 pagi baru rasa ngantuk. Pergi tidur pun kejap lena kejap terjaga.

Tapi malam pertama aku di rumah baru telah selamat malam tadi.

Tuesday, November 24, 2009

Perodua Alza


New Perodua MPV car was launched few days ago (as above picture taken from paultan.org). So you guess, dont wait......just booking as soon as possible. Ishhhhh...macam saleman Perodua pulak la aku niiii...hihihi.

Apa-apapun kalu nak beli kereta baru...MESTI dengan nombor plate yg cantik atau unik......hihihi. Bye.

Sunday, November 15, 2009

KBV1971



KBV1971
Nombor plate ini ada kat kereta Fakhrul, JHP PTSS. Kereta Proton Waja beliau. Taktau la pulak nombor ni dia tempah ataupun secara kebetulan. Tapi bagi aku...nombor ini ada maknanye pada aku sebab ianya adalah Tahun Lahir aku 1971.



Mungkin sesiapa yg nak beli kereta baru...bolehlah tempah nombor kereta ikut tahun lahir masing2. Hihihi.

Thursday, November 12, 2009

Wang Bonus RM500.00


Tetiba aja kami dapat duit bonus kerja gomen sebanyak RM500.00 selepas pembentangan bajet 2010. Sebelum tu pada sambutan perayaan hariraya aidilfitri lepas gomen hanya bagi kat gred bawah 41 aje.

Dan sekarang kami yg gred 41 ni pun dah dapat walaupun lewat. Alhamdulillah. Bagi banyak mana pun kami tetap bersyukur dengan rezeki yang ALLAH tetapkan kepada kami.

Syukur..... syukur..... syukur.....ya ALLAH.

Tuesday, November 10, 2009

1Malaysia


1Malaysia........
Apa maknanye tu? Marilah kita sama-sama memikirkan maknanye secara bersama. Yang aku faham semua rakyat hidup bersatu-padu dalam satu negara. Tapi yg aku tak faham...mengapa bila ada cadangan nak buat sekolah satu aliran (tanpa SRJK atau vernakular) semua bantah terutama racial political party. Tanyalah semua rakyat Malaysia...entah-entah tak sama mcm pemimpin mereka.

Rakyat didahulukan......Pencapaian diutamakan....
Bagi aku kepentingan rakyat mestilah diberi keutamaan dalam pemberian perkhidmatan kerajaan. Contoh: KDN...syabas kerana dah pantas dlm proses permohonan kerakyatan atau pasport. Kenapa dulunye lambat sangat.

Syabas kerana idea yg hebat.

Thursday, November 5, 2009

Masa Itu Emas

Perasan tak bahawa dalams seharian kita bekerja......makan gaji.....standard waktu kerja 8 jam sehari. (tolak la yg ada OT tu). Dari 8.00 pagi sampai 5 petang kali keroje gomen atau lain-lain waktu swasta. Dalam 8 jam kerja tu (tolak la waktu rehat makan tengahari) setiap hari tu.......berapa banyak masa yang kita lakukan untuk:
a. betul-betul bekerja
b. buat part-time MLM
c. sarapan pagi, atau minum pagi atau minum petang (kalau ada le)
d. buat urusan personal lain (e.g. pergi bank, pejabat pos, bayar bil dll)

Kalau tak 100%.........90% daripada 8 jam bekerja tu digunakan untuk "betul-betul" bekerja adalah sangat bagus dalam menyahut seruan kerajaan meningkatkan produktiviti negara. Marilah kita sama-sama menjayakan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".


Bukan nak menunjuk, bukan juga nak menyombong, cuma sekadar renungan bersama.

Tuesday, October 27, 2009

RM19.90


Malam semalam semasa aku dok makan dgn kekawan PSA di TTDI Jaya Shah Alam (outstation dari Isnin-Jumaat di De Palma Shah Alam), meja makan kami didatangi seorang pemuda yg menjual CD & VCD ayat2 suci Al-Quran dan lagu nasyid. Mulanya kami malas nak layan krn tengah sedap layan Nasi Lemak Antarabangsa. Namun setelah panjang lebar pemuda tersebut explain macam2, aku pun mula membelek2 content yg ada dalam setiap CD/VCD itu.


Dalam keadaan dan perasaan bersalah kepada ALLAH aku pun beristighfar dan terus beli satu VCD berharga RM19.90 itu. Dalamnya mengandungi bacaan ayat2 suci seperti Al-Fatihah, Yaasin dan lain2 beserta terjemahannya.


Yang membuatkan aku rasa bersalah dan membelinya bukan kerana apa......selama ini macam2 barang lain mampu kita belinya. Baju raya satu famili hampir RMXXX, ansuran kereta RMXXXX, ansuran rumah RMXXX, dsb. Tapi benda-benda bersifat keagamaan jarang kita ambil peduli (spt aku ni).


Banyak yg dah ALLAH Taala beri kepada kita....Tapi?????

Tuesday, October 6, 2009

13 hb Okt 2009


Dah lama aku tak menghadapi interview....next ween 13 hb Okt aku kena attend satu interview 'Hadiah Latihan Persekutuan" (HLP) untuk further study. Hopefully me & my friends do some preparation on that.


1) research proposal

2) resume

3) original documents

4) make some practices


Hihihihi

Monday, September 28, 2009

Statistik Ops Sikap


Tengahari tadi aku tonton Buletin 1.30 tgh.....antara cerita yg buat aku tertarik ialah angka kematian Ops Sikap yg dipaparkan secara perbandingan tahun 2008 dan 2009. Kalau aku tak silap (kalau silap, tolong betulkan ye) berita tadi paparkan bahawa angka kematian tahun 2008 ialah 208 orang dan tahun 2009 ialah 235 orang.....jadi secara relatifnya, angka kematian tahun ini telah meningkat, walaupun pelbagai kempen telah kerajaan buat....seperti kemalangan sifar (pada 09 sept 2009), kempen pandu selamat (oleh JKJR) dan sebagainya.


Ini menunjukkan bahawa jalanraya di Malaysia adalah jalan maut semasa musim perayaan. Mungkin semuanya nak pandu laju untuk cepat sampai destinasi masing2. Tapi kalau berlaku accident maka terus tak sampai2 ke kampung buat apa?


Maka fikir-fikirlah......

Wednesday, September 16, 2009

No. Plate Baru Perlis - RJ

Plate kenderaan Perlis akan keluar nombor baru tak lama lagi....mungkin bulan depan kot. Tender nombor baru dah keluar 8 Sept dan tutup pada 28 Sept ni....so, sesapa yg teringin nak nombor unik dan cantik Perlis...cepat-cepat la masuk tender.....

Aku dah masuk satu nombor....RJ59. Harga? Tak leh bagitau la....rahsia...ka tender itu rahsia. Hari tu aku pi tender dgn officemate...dia juga masuk....nombor RJ6969......harga? Rahsia juga.

Mana ada plate negeri lain yg hurufnya 2 angka kan. So ianya dah tentu unik dan cantik dipandang.

Nak taruk kat mana nombor RJ59 tu? Aku terfikir nak beli Honda untuk nombor tu...cuba teka Honda model apa tu.....hihihi.

Sunday, September 13, 2009

Bonus RM500

Cakap mengenai bonus raya yg gomen bagi kat staf sokongan..........walaupun kita tak dapat..tapi jangan sedih. Teringat aku kat tazkirah ustaz bagi semalam masa solat terawih, gap lepas 4 rakaat. Ustaz kata apalah sangat bonus dunia RM500 tu jika nak dibandingkan dengan bonus yg ALLAH TAALA bagi kat akhirat nanti. Semua amalan jika dibuat dalam bulan Ramadhan ni akan digandakan olehNya.

Solat fardhu berjemaah 5 kali x 27 ganda x 30 hari = 4050 bonus. 4050 x pula dengan 1000 gandaan di bulan Ramadhan ni.....Fuhhhh banyaknya = 4,050,000.

Thursday, September 10, 2009

Rumah Nombor 59




Rumah dah hampir nak siap.....tapi alamat belum complete lagi. Rasa-rasanya kalau taruk no.59 boleh tak?


Taruk ajelah kan sebab rumah kita buat sendiri....bukannya rumah taman perumahan kan....

Tuesday, September 8, 2009

KCH59 Kereta Wifeku


Ini pulak kereta wife aku KCH59. Tapi aku yang pakai sebab wife aku takut nak drive...panjang sangat..katanya. Aku pun mula-mula dulu langgar tebing jugak masa parking.....calar dan keluar cat kat bahagian depan kreta. Tapi lepas tu aku pun ubah cara parking....ikut belakang pulak sebab ada reverse camera...so bolehlah nampak kat belakang tu. hihihi.


KCH59 tu tak adala makna apa....cuma nak maintain nombor 59 kat semua kenderaan aku maka carilah nombor tu....termasuklah nombor handphone......XXX9559...hihihihi.

Monday, September 7, 2009

DM59 Keretaku


DM59 keretaku... DM makna nama aku Dzul Musa dan 59 bulan aku kahwin dulu-dulu....5 hb September. Sebenarnya setiap nombor plate cantik/unik kat keta ada maksudnya tersendiri. DM juga boleh berada kat Dr Mahathir...Datuk Mustapha atau sesiapa sahaja.
Aku dapat nombor ni daripada Majalah Motor Trader...ada sorang Cina yang banyak jual nombor dalam majalah tu. Tapi kena la keluar duit sikit.....Datang nombor sekali dengan kereta buruk Ford Telstar reg. Kelantan year 1983. Tapi orang Taiping punye nombor tu.

Thursday, September 3, 2009

Plate Negeri Perlis

Tender nombor pendaftaran kenderaan bagi 'RJ' Negeri Perlis dengar cerita nak keluar pada 8 Sept ni.....jom kita cepat-cepat masuk tender. Uniknya nombor plate 'R' Perlis ni sebab ianya lambat bergerak berbanding plate negeri lain. Setakat ini, dia berada di 'RH'. So nampak macam nombor lama kalau compared to other state. Betul kan?
Jadi bolehlah kauorang masuk seperti nombor: RJ1 ka......kena beribu-ribu juta melon ni....hihihi. Ataupun RJ5......RJ9.....RJ17....RJ71. Kalu nama Railey Jeffri atau Ramli Jantan lagi cantikkan = RJ.

Wednesday, September 2, 2009

WHW909

Nombor plate ni kawan saya punya, nama Shanusi Ahmad. Tak tahu la pulak kat kenderaan apa nombor ni berada....sebab dah lama tak jumpa dia sejak saya pindah dari Shah Alam ke Perlis. Mula-mula nombor ni berada kat Wira Aeroback Gold 1.5 (kalau tak silap) kemudian pergi kat Waja Gold 1.8. Terakhir sekali saya jumpa dia, nombor tu rasa-rasanya pergi kat Innova Silver. Shanusi ni kawan lama sejak sekolah besar (UUM) kemudian sambung sekali mengaji kat (ITTHO) (sekarang dah jadi UTHM Johor) .

Kata beliau WHW909 tu maknanya WHW = Wang Hambat Wang dan 909 tu tak ingat dah nombor kenangan apa....cerita dah lama. WHW tu memang sesuai dengan dia sebab dia antara kekawan saya yg pandai buat duit (erti kata lain meniaga).

Itulah Shanusi yang saya kenal.

Tuesday, September 1, 2009

Hadith 1 - Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan 5 perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi ALLAH daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

ALLAH mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu".

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpausa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Tuesday, August 25, 2009

Nombor 1 Dalam Exam Anak-Anak

Semua orang suka nombor 1.....terutamanya dalam peperiksaan. Walaupun kita dulukala selalu periksa dapat nombor 1 tapi anak-anak kita sekarang ni tak la pulak dapat gitu. Tapi takpe la...mungkin rezeki tu takde kat anak kita. Walau macamana pun, janji anak kita dapat semua A dalam result diaorang...itu dikira ok la kan....tak kisahlah dapat nombor 2,3,4 ataupun 20.

Monday, August 24, 2009

DM59 - MyVi Ku




Ini dia gambar kereta aku yang tercinta....tapi bagi wife pakai pulak da......Aku pau kereta wife la pulak. Hihihi....
Ishhhh silap upload gambar la pulak..nanti aku tukar...ok.

Thursday, August 20, 2009

Kekawan Sama

Teringat kepada kekawan yg sama berkongsi minat pada nombor. Terutamanya pada no plate kereta. Ini dia mereka:
KBY500 - Imran Polimas
KCH191 - Bustamam PTSS
KCM1000 - Azli PTSS
KCC5588 - Nawi PTSS
ADL1XXX - Adli PJK
PEM2288 - Abu PSP
Nanti kalu ada lagi yg teringat.....akan ditambah senarai ini ye....

Wednesday, August 19, 2009

Tarikh 09-09-09

Tarikh 9hb Sept 2009 (090909) sangat cantik kalau dipandang waima juga mudah diingati oleh orang. Kerana itu maka berbagai peristiwa atau majlis yang akan dirancang untuk diadakan pada tarikh tersebut. Kenduri kahwin, atau apa-apa aje. Oooppssss mana boleh kenduri kahwin di bulan Ramadhan ni....mungkin boleh buat pada sebelah malam selepas solat terawih.

Sunday, August 16, 2009

No. Plate Kereta

Saya mulakan dulu dengan no. plate saya punya. Sejarah saya bermula dengan no. motor saya dan seterusnya kepada kereta:
1. Modenas Jaguh: KBW9099 (Jual kat abang)
2. Modenas Kriss:KBL292 (Jual kat adik)
3. Perodua Kancil: BFX271 (Jual kat Rodzi PTSS)
4. Proton Wira: KBN7007 (Trade-in kat Juru AutoCity)
5. Naza Symphony: KBU59 (Jual kat Bustamam PTSS)
6. Perodua Myvi: DM59
7. Toyota Wish: KCH59

Mungkin setiap nombor mempunyai cerita tersendiri seperti KBW9099 adalah diambil dari nombor matrik saya semasa di UUM. DM59 daripada DM=Dzul Musa & 59 = tarikh kahwin iaitu 5 hb September. Mungkin anda juga mempunyai cerita sendiri. Boleh berkongsi sama.

Pelancaran NomborCantik.blogspot.com

Welcome to this blogspot