Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Sunday, July 11, 2010

SCORE 1-0

Nilai score goal 1-0 kemenangan Spain keatas Holland. Kita semua orang M'sia yg team kita dok kat ranking 164 (kalau tak salah) telah berhempas-pulas dan bersengkang mata selama sebulan dok tengok bola. Kejap sokong Brazil.....lepas kalah dok sokong Argentina pulak.......lepas kalah sokong


(photo taken from google image)

Germany la pulak.....Semalam berkahirlah sudah Spain menang 1-0 keatas Holland. Score kemenangan sangat kecil tapi nilainya sangat besar....

Rakyat Spain dikatakan akan lupa buat tempoh yg agak lama masalah kegawatan ekonomi yg melanda negara mereka skrg ini dek kemenangan tersebut.

Manakala kita pula rakyat M'sia dok bersama-sama dan beramai-ramai di kedai mamak, menonton bola selama 1 bulan. Semangat 1Malaysia berjaya dipupuk selama 1 bulan dek kerana bola tu......

Bukan takat kita manusia yg dok sokong bola......sapa menang tu. Sotong kurita, Paul dari Germany juga ada pilihan, Mani burung dari Singapore juga tak ketinggalan turut serta dalam memilih pasukan masing-masing.

Pakat kata.......1 dunia terlibat, bukan 1Malaysia sahaja.

Wednesday, July 7, 2010

Pelancaran Blog HEP PTSS


Satu blog khas untuk urusan pejabat HEP dgn para pelajar PTSS sedang diusahakan dan dalam pembinaan. Sila layari site  tersebut untuk menyertainya. Sekian.

Tuesday, July 6, 2010

Tuntut Ilmu Sampai ke Negara China

Idea topik post ini saya dapat di ofis petang tadi apabila staf tanya tentang cara2 nak buat blog....depa cadang nak buat 1 blog untuk pejabat HEP........Good idea kerana ianya boleh menyalurkan maklumat kepada org lain terutama students secara dalam maya......disamping counter service. Depa minta tolong ttg bagaimana nak open account. Ini satu ilmu yg berguna dlm menongkah arus dunia siber skrg ini.

Tak kira ilmu apa yg kita minat/suka/wajib...........tuntutlah ia ........akan menajamkan minda seseorang.......otak tak berkarat....fikiran lebih terbuka....senang berbincang atau tukar pendapat.......

Ilmu formal......diploma, degree, master, phd..... atau apa2.
Ilmu tak formal......baca majalah, baca buku, atau apa2 bacaan.
Ilmu agama.......baca kitab tapi kena rujuk tok guru.....
Ilmu alam......banyak berjalan, banyaklah pengalaman.

Tapi jangan la pulak ilmu tak elok........ilmu sihir, ilmu hitam atau apa2 ilmu yg sewaktu dgnnya.
Tengah beratur untuk terima sijil konvokesyen Taska An-Najjah Arau selepas 2 tahun menuntut ilmu disitu.