Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Sunday, January 25, 2015

TENDER NO PLATE KEDAH : SIRI KDY

TENDER NO. PLAT KENDERAAN KEDAH: KDY1– KDY9999

Tarikh Buka Tender: 19/01/2015
Tarikh Tutup Tender: 04/02/2015

Tempahan nombor pendaftaran kenderaan siri KDY1 hingga KDY9999 adalah dibuka kepada orang awam secara tawaran dari 19 Januari 2015 (Isnin) hingga 4 Februari 2015 (Rabu) jam 12.00 tengahari.

Saturday, June 21, 2014

MASUK TENDER NOMBOR PLATE BAHARU KENDERAAN

Sekarang No. Plate Kedah untuk ditender adalah KDV.
 
Tarikh buka tender: 16 Jun 2014
Tarikh tutup tender: 30 Jun 2014

(photo ambik kat google image)



Aku berpengalaman beberapa kali masuk tender untuk no. plate baharu. Samada untuk taruk ke kenderaan sendiri ataupun tolong kawan-kawan yang baru nak try jejak langkah aku.

Namun, di sebalik pengenalan kaedah  alternatif  'online' yg diamalkan oleh beberapa pihak seperti maybank2u, lazada atau bayar saman melalui 'myEG', JPJ belum menyediakan pilihan kepada kita untuk memasuki tender secara online.

Alangkah baiknya kita nak tender no. plate yg disukai secara online seperti kaedah 'myEG' dan juga mana-mana negeri yang kita suka tanpa perlu melalui negeri-negeri tersebut.

Nukilan rasa,
DM59

Sunday, July 15, 2012

Nombor Kenderaan Terkini melalui www.jpj.gov.my

Diperolehi melalui www.jpj.gov.my

as at
Sun Jul 15 17:35:01 2012

Perak
AHY7961
Selangor
BLT4070
Pahang
CDB3792
Kelantan
DCB7723
Johor
JNS5787
Kedah
KDG1686
Langkawi
KV2085D
Labuan
LE456
Melaka
MCF3259
N Sembilan
NCR8469
Pulau Pinang
PKR5205
Kuching
QAA1744C
Sri Aman
QBB2954
K Samarahan
QCC4322
Limbang
QLA6423
Miri
QMT3227
Kapit
QP7136
Sarikei
QRG5122
Sibu
QSW8129
Bintulu
QTJ7720
Perlis
RK1895
Kota Kinabalu
SAB3152K
Beaufort
SB5503B
Lahad Datu
SD257J
Kudat
SK1935A
Sandakan
SS4821R
Tawau
ST7147R
Keningau
SU7249B
Terengganu
TBG5812
Kuala Lumpur
WXB6018

Monday, December 19, 2011

Nombor 19 Di Dalam Al-Quran

(Photo taken from google image)

Keajaiban Nombor 19 Di Dalam Al-Quran

Al-Quran, kitab yg diperturunkan kpd junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W merupakan keajaiban Allah S.W.T yg terbesar dan terpenting utk umat Islam. Walau kurun berganti kurun, zaman berganti zaman Al-Quran masih sesuai digunakan sbg panduan dan rujukan utk kehidupan semasa kerana isi kandunganya yg begitu lengkap merangkumi plbg bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains. Yang lebih mengagumkan ialah pd tahun 1974 satu kod matematik telah dijumpai tersirat di antara ayat-ayat sucinya.

Penemuan Oleh Dr Rashid Khalifa

Dr. Rashid Khalifa (1935-1990), lahir di Egypt dan merupakan seorang doktor dgn Phd dlm bidang kimia. Bapanya seorang pemimpin dari sebuah kumpulan sufi yg mempunyairibuan pengikut. Dgn mengunakan teknologi komputer, Dr. Rashid tlh memasukan isi kandungan Al-Quran ke dalam komputer untuk mencari makna atau kemungkinan yg tersirat di belakang ayat-ayat Al-Quran ini. Hasilnya pd tahun1974 dia telah menjumpai satu corak matematik yg seolah-olah mengawal dan melindungi kesahihan ayat-ayat Al-Quran dgn nombor-nombor yg berkitar pd nombor 19.

Fakta Ringkas Kod Yang Ditemui. Penemuan Dr. Rashid merangkumi dari fakta kod yg paling nyata dan ringkas hinggalah kpd yg lebih kompleks. Antaranya yg ringkas ialah:

1. Ayat pertama (1:1), 'Bismillah', terdiri drp 19 perkataan.
2. Jumlah surah dlm Al-Quran ialah 114 = 19 x 6 .
3. Jumlah ayat dlm Al-Quran ialah 6346 = 19 x 334.(6234 ayat bernombor dan
112 ayat tidak (Bismillah) 6234+112= 6346) Perhatikan bahawa 6+3+4+6=19.
4. Bismillah muncul 114 kali, walaupun hilang dari surah 9 (ia muncul semula sebanyak 2 kali dlm surah 27).114=19x6
5. Dari Bismillah yg hilang pd surah 9 hingga ke bismillah ekstra pada surah 27, dgn tepatnya terdapat….19 surah.
6. Surah 96, pertama dlm susunan kronologi terdiri drp 19 ayat.
7. Surah terakhir (surah 110) terdiri drp 19 perkataan.
8. Perkataan Allah yg muncul dlm Al-Quran ialah 2698=19x142
9. Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57=19x3.
10. Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf.
11. Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al-Quran juga 19.

Kenapa Nombor 19?

Sebenarnya beberapa kitab asal lain yg diturunkan Allah S.W.T kpd umatnya juga didapati telah dikodkan dgn huruf 19. Kejadian alam juga turut menunjukkan nombor ini. Antaranya matahari, bulan dan bumi berada selari setiap 19 thn, komet Halley melalui sistem solar kita setiap 76 thn=19x4, secara tepat tempoh mengandung ialah 266(19x14) hari atau 38 minggu (19x2). Nombor 19 seolah-olah tanda tangan Allah terhadap ciptaannya. 19 mempunyai nilai matematik yg unik kerana ia adalah no. ganjil dan merupakan gabungan no. pertama(1)dan terakhir (9) yg seolah-olah mengiakan firman Allah s.w.t dlm surah 57 ayat 3 yg bermaksud "Dialah Yang Awal dan Yang Akhir…".

Penemuan kod ini pd Jan,1974(1393 thn Hijrah) bermakna bil. tahun Islam dari turunnya (13 thn sblm hijrah) hingga ke penemuan keajaiban matematik ini (1974)bersamaan dgn 1393+13=1406 thn. Perhatikan juga 1406=19x74. No.19 juga hanya disebut di dlm Quran dlm surah 74. Hubung kait antara 19x74 thn Islam dan 1974 thn solar juga tidak harus diendahkan terutamanya bila no.19 hanya disebut dlm surah 74! Tentunya tidak mungkin ini semua satu kebetulan….. sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Wallahualam………

Dikutip dari laman http://echam76.blogspot.com/2009/07/keajaiban-nombor-19-di-dalam-al-quran.html

Friday, December 16, 2011

Al-Quran dan Nombor

Bukti AlQuran adalah dari Tuhan pencipta alam ini

Nombor Fibonacci adalah salah satu sistem pernomboran alam. Mereka tidak hanya muncul dalam pertumbuhan arnab, tetapi di mana-mana di alam ini. Dari tatacara daun pada tanaman, hinggalah kepada struktur di luar angkasa. Banyak bunga yang berkaitan dengan nombor Fibonacci. Beberapa darinya mempunyai satu pedal. Tiga pedal lebih umum seperti bunga lili dan ‘iris. Beberapa mempunyai 5 pedal seperti buttercup, mawar liar, Larkspur, dan columbines. Beberapa mempunyai 8, 13, 21, 34, 55 dan 89. Semuanya adalah turutan nombor Fibonacci. Bahkan beberapa biji benih buah-buahan cenderung kepada nombor Fibonacci.

Bukti AlQuran adalah dari Tuhan pencipta alam ini

Dalam Quran Ada bbrp perkataan yg diulang dgn bilangan yang menarik. Antaranya :
Day (Hari) – 365 kali
Days (Hari2) 30 kali
Moon (Bulan) 12 kali

Dikutip daripada laman http://hikmatun.wordpress.com/category/al-deenul-islam/al-quran/alquran-dan-sains/



Thursday, August 25, 2011

Nombor plat kenderaan Malaysia

(photo taken from google image)

Nombor plat kenderaan Malaysia
-merupakan plat nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran plat lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Awalan huruf plat
-Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
• A = Negeri Perak
• B = Selangor
• C = Pahang
• D = Kelantan
• E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
o EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
o ES: Sandakan
o ET: Tawau
o ED: Lahad Datu
o EU: Keningau
o EK: Kudat
o EL: Labuan
• F = -tiada-
• G = -tiada-
• H = Teksi
• I = -tiada-
• J = Johor
• K = Kedah
o KV = Langkawi
• L = Labuan
• M = Melaka
• N = Negeri Sembilan
• O = -tiada-
• P = Pulau Pinang
• Q = Sarawak
o QA dan QK: Kuching
o QB: Sri Aman
o QC: Samarahan
o QL: Limbang
o QM: Miri
o QP: Kapit
o QR: Sarikei
o QS: Sibu
o QT: Bintulu
• R = Perlis
• S = Sabah, dulu E
o SA: Kota Kinabalu
o SB: Beaufort
o SD: Lahad Datu
o SK: Kudat
o SS: Sandakan
o ST: Tawau
o SU: Keningau
• T = Terengganu
• U = -tiada-
• V = -tiada-
• W = Kuala Lumpur
• X = -tiada-
• Y = -tiada-
• Z = Tentera
o Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
o ZA ke ZD: Tentera
o ZL: Tentera Laut Malaysia
o ZU: Tentera Udara Malaysia
o ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
o JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Nombor plat khas
1. Putrajaya
2. Proton
3. WAJA
4. Persona
5. Tiara
6. Perdana
7. Satria
8. Chancellor
9. Perodua
10. NAZA
11. LOTUS
12. KRISS
13. Jaguh
14. BAMBee
15. SUKOM
16. X OIC
17. XIII NAM
18. XI ASEAN
19. XXX IDB
20. G1M

Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Nombor_plat_kenderaan_Malaysia

Thursday, August 11, 2011

Tender plat “KDA” berjumlah RM762,601

(photo taken from google image)

Article below retrieved from http://beritaharian.org/tender-plat-%E2%80%9Ckda%E2%80%9D-berjumlah-rm762601.html 07/08/2011 1:55pm

ALOR SETAR – Nombor pendaftaran kenderaan “KDA” mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas. Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut. “Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100. KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.
Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. – Bernama