Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Monday, December 14, 2009

Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan


Cara Nak Menender Nombor Daftar Kenderaan:

1. Keluar iklan/notis di pejabat JPJ setiap negeri apabila sesuatu nombor plate semasa hampir habis.
Cth: Notis buka tender untuk RJ akan keluar apabila plate nombor RH dah nak habis seperti contoh RH9xxx.

2. Ambil borang tender di pejabat JPJ negeri yg berkenaan
Cth: kalau nak nombor Selangor perlu ambil dan urus di JPJ Selangor.

3. Bayar harga tender di Pejabat Pos (dgn buat kiriman wang/wang pos kpd Ketua Pengarah JPJ).
Cth: Jumlah minima 10% daripada harga tender.

4. Hantar borang tender beserta wang minima pendahuluan harga tender (yg buat kat Pej. Pos tadi) ke Pej. JPJ sebelum tarikh tutup.

5. Harga yg sesuai untuk nak menang tender
- perkara ini yg susah sikit.
-ianya berbeza ikut negeri yg kita nak nombor pendaftarannya.
-negeri Kedah agak mudah kerana tak ramai org luar nak nombor K nya. Maka letak harga yg agak rendah pun Insya-Allah boleh dapat. Pengalaman saya kat Kedah, semua nombor yg saya masuk dapat spt. KBL292 (dah jual), KBN7007 (dah jual), KBU59 (dah jual) dan KCH 59 (masih kekal).
-negeri Perlis agak susah walaupun rakyatnya tak ramai tapi ramai orang luar yg suka nombornya kerana ianya masih 2 huruf maka nampak unik. Saya cuba masuk tender satu nombor iaitu RJ59 tapi tak menang sebab taruk ikut pengalaman di Kedah (RMXXX). Maka sesiapa yg minat nombor Perlis perlu letak lebih tinggi. 2 angka wajib letak RM1XXX keatas.

5. Negeri2 yg kena letak harga yg lebih tinggi ialah WP KL, Selangor, Johor, PPinang, Perlis, Kelantan sebabnya ramai orang yg nak nombor negeri tersebut.

6. Pengalaman kedua saya ialah dengan membeli nombor lama (cantik) yg telah didaftarkan dan hakmilik orang lain. Tapi kena keluar modal lah beb. Tp takpe janji kita dapat nombor yg kita nak tu. Seperti saya dapat nombor DM59 tu ialah dengan membeli daripada tuanpunya Ford Telstar 1983 yg didaftar diKelantan.

Kekawan yg ada persoalan rujuk saya diruangan komen. Tq.

7 comments:

  1. Dzul, macam mana nak cari orang yang ada plate yang kita berkenan tu? Saya nak beli mana-mana orang yang nak jual DAN XXXX. Nombor XXXX tak kisah.

    -Hj Danial.

    ReplyDelete
  2. saya nak number plate RJ kalau ade call i 016-3434873

    ReplyDelete
  3. Tumpang tanya,kalau nak jual no plet tp kereta dh xde cmne ye? Ada cara x nak buat? No. dh ada buyer tp xleh jual sebab xleh sah dgn puspakom. Kalau ada yg boleh bantu sms 01123103490.tq

    ReplyDelete
  4. saya nak cari no...83....ada siapa nk jual tolong call..0105250083

    ReplyDelete
  5. Saya mencari plate RH77, RH777, RH7777. Sila hubungi saya 0122455177, 0199342077. Tq

    ReplyDelete
  6. Nk cari plate 8686 tahun 2009 atau 2010

    ReplyDelete