Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Tuesday, February 23, 2010

25 Feb 2010

Dah 1 bulan aku tak masuk blog sendiri.........juga baca blog kawan-kawan. Bukan apa, takda mood sebab banyak benda kena buat awal tahun 2010. Daripada kerja rasmi spt pengambilan dan pendaftaran pelajar kepada kerja tak rasmi atau kerja sendiri iaitu mengaji.........part time.

Pada 25 Feb 2010 (khamis), TPM akan bertemu dan berucap di Putrajaya mengumumkan politeknik premier yg terpilih dikalangan yg memohon. Maka akan diketahuilah esok politeknik mana yg berjaya dan yg tak berjaya......namun aku tertanya-tanya persoalan yg belum terjawab semasa road-show oleh BLK ke Poli aku.....masa depan sistem politeknik termasuk politeknik yg bergelar premier tu. Masa depan staf...adakah akan wujud 2 kasta staf bagi 2 jenis politeknik yg berbeza....staf di poli premier dan bukan premier.....

Kalau kita lihat di laman sesawang (web la...bukan laman penuh sawang lak) http://www.politeknik.edu.my/ telah diubah misi dan visi Politeknik KPT daripada melahirkan graduan separa profesional (semi-pro) kepada yg baru (lihat sendiri kat web tu la....)...adakah ini menggambarkan perubahan yg bakal melanda dalam sistem poli kita....

Sama-sama kita tunggu pengumuman oleh TPM nanti.