Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Wednesday, March 24, 2010

Yang Mana 1?


Yang mana 1 status kita? Juga yang mana 1 pilihan bos kita.........
Petikan daripada ucapan perhimpunan staf pagi tadi.......


1) staf yg cakap banyak...........kerja jalan = ??????
2) staf yg cakap tak banyak--------kerja jalan = kena buli
3) staf yg datang kerja .............tapi malas kerja = ?????
4) staf yg suka ponteng ........... juga malas kerja = lebih baik mati

*tanda ????? kat perkara 1) dan 3) ....aku dah lupa kiasannya.


Hihihihi.........

Saturday, March 13, 2010

Konvo ke-4 PTSS

(photo dari Buku Jemputan Konvo PTSS)

Semua graduan PTSS.............konvo kali ke-4 PTSS akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 April 2010
Hari: Isnin
Sidang I (Diploma): 8.15 pagi
Sidang II (Sijil): 2.15 ptg
Tempat: Dewan PTSS

Sebarang makluman..hubungi HEP di talian 04-988 6206/07

Tuesday, February 23, 2010

25 Feb 2010

Dah 1 bulan aku tak masuk blog sendiri.........juga baca blog kawan-kawan. Bukan apa, takda mood sebab banyak benda kena buat awal tahun 2010. Daripada kerja rasmi spt pengambilan dan pendaftaran pelajar kepada kerja tak rasmi atau kerja sendiri iaitu mengaji.........part time.

Pada 25 Feb 2010 (khamis), TPM akan bertemu dan berucap di Putrajaya mengumumkan politeknik premier yg terpilih dikalangan yg memohon. Maka akan diketahuilah esok politeknik mana yg berjaya dan yg tak berjaya......namun aku tertanya-tanya persoalan yg belum terjawab semasa road-show oleh BLK ke Poli aku.....masa depan sistem politeknik termasuk politeknik yg bergelar premier tu. Masa depan staf...adakah akan wujud 2 kasta staf bagi 2 jenis politeknik yg berbeza....staf di poli premier dan bukan premier.....

Kalau kita lihat di laman sesawang (web la...bukan laman penuh sawang lak) http://www.politeknik.edu.my/ telah diubah misi dan visi Politeknik KPT daripada melahirkan graduan separa profesional (semi-pro) kepada yg baru (lihat sendiri kat web tu la....)...adakah ini menggambarkan perubahan yg bakal melanda dalam sistem poli kita....

Sama-sama kita tunggu pengumuman oleh TPM nanti.

Wednesday, January 20, 2010

Jawapan kepada soalan Hj Danial

Tn Hj, nombor DAN XXXX boleh dicuba masuk ke link site berkaitan nombor & kenderaan dalam blog saya disebelah kiri page......motor trader ataupun nombor kereta. Tk. Ataupun ada satu rahsia lagi yg tak boleh nak bagitau kat dalam blog ini. Kena email kat saya di dzulmusa@yahoo.co.uk. TK.



Thursday, December 31, 2009

010110



Happy New Year 2010. Wishes all the best.

Monday, December 14, 2009

Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan


Cara Nak Menender Nombor Daftar Kenderaan:

1. Keluar iklan/notis di pejabat JPJ setiap negeri apabila sesuatu nombor plate semasa hampir habis.
Cth: Notis buka tender untuk RJ akan keluar apabila plate nombor RH dah nak habis seperti contoh RH9xxx.

2. Ambil borang tender di pejabat JPJ negeri yg berkenaan
Cth: kalau nak nombor Selangor perlu ambil dan urus di JPJ Selangor.

3. Bayar harga tender di Pejabat Pos (dgn buat kiriman wang/wang pos kpd Ketua Pengarah JPJ).
Cth: Jumlah minima 10% daripada harga tender.

4. Hantar borang tender beserta wang minima pendahuluan harga tender (yg buat kat Pej. Pos tadi) ke Pej. JPJ sebelum tarikh tutup.

5. Harga yg sesuai untuk nak menang tender
- perkara ini yg susah sikit.
-ianya berbeza ikut negeri yg kita nak nombor pendaftarannya.
-negeri Kedah agak mudah kerana tak ramai org luar nak nombor K nya. Maka letak harga yg agak rendah pun Insya-Allah boleh dapat. Pengalaman saya kat Kedah, semua nombor yg saya masuk dapat spt. KBL292 (dah jual), KBN7007 (dah jual), KBU59 (dah jual) dan KCH 59 (masih kekal).
-negeri Perlis agak susah walaupun rakyatnya tak ramai tapi ramai orang luar yg suka nombornya kerana ianya masih 2 huruf maka nampak unik. Saya cuba masuk tender satu nombor iaitu RJ59 tapi tak menang sebab taruk ikut pengalaman di Kedah (RMXXX). Maka sesiapa yg minat nombor Perlis perlu letak lebih tinggi. 2 angka wajib letak RM1XXX keatas.

5. Negeri2 yg kena letak harga yg lebih tinggi ialah WP KL, Selangor, Johor, PPinang, Perlis, Kelantan sebabnya ramai orang yg nak nombor negeri tersebut.

6. Pengalaman kedua saya ialah dengan membeli nombor lama (cantik) yg telah didaftarkan dan hakmilik orang lain. Tapi kena keluar modal lah beb. Tp takpe janji kita dapat nombor yg kita nak tu. Seperti saya dapat nombor DM59 tu ialah dengan membeli daripada tuanpunya Ford Telstar 1983 yg didaftar diKelantan.

Kekawan yg ada persoalan rujuk saya diruangan komen. Tq.

Wednesday, December 9, 2009

Nombor Plate TAY 1

Plate Kenderaan TAY 1

Akhbar Utusan Malaysia (Khamis, 10 Dis. 2009 -ms 13) melaporkan berkenaan nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 yg dipohon oleh 2 orang dengan harga tawaran melebihi RM200,000 walaupun tender bagi nombor tersebut belum lagi dibuka. Ini seperti dilaporkan oleh Pengarah JPJ Terengganu dalam akhbar tersebut.


(photo taken from Google images)

Manakala photo diatas diambil daripada laman web negara luar yg memaparkan nombor plate yg boleh ditempah mengikut huruf dan juga nombor.

Lain padang....lain belalang.