Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Monday, September 28, 2009

Statistik Ops Sikap


Tengahari tadi aku tonton Buletin 1.30 tgh.....antara cerita yg buat aku tertarik ialah angka kematian Ops Sikap yg dipaparkan secara perbandingan tahun 2008 dan 2009. Kalau aku tak silap (kalau silap, tolong betulkan ye) berita tadi paparkan bahawa angka kematian tahun 2008 ialah 208 orang dan tahun 2009 ialah 235 orang.....jadi secara relatifnya, angka kematian tahun ini telah meningkat, walaupun pelbagai kempen telah kerajaan buat....seperti kemalangan sifar (pada 09 sept 2009), kempen pandu selamat (oleh JKJR) dan sebagainya.


Ini menunjukkan bahawa jalanraya di Malaysia adalah jalan maut semasa musim perayaan. Mungkin semuanya nak pandu laju untuk cepat sampai destinasi masing2. Tapi kalau berlaku accident maka terus tak sampai2 ke kampung buat apa?


Maka fikir-fikirlah......

Wednesday, September 16, 2009

No. Plate Baru Perlis - RJ

Plate kenderaan Perlis akan keluar nombor baru tak lama lagi....mungkin bulan depan kot. Tender nombor baru dah keluar 8 Sept dan tutup pada 28 Sept ni....so, sesapa yg teringin nak nombor unik dan cantik Perlis...cepat-cepat la masuk tender.....

Aku dah masuk satu nombor....RJ59. Harga? Tak leh bagitau la....rahsia...ka tender itu rahsia. Hari tu aku pi tender dgn officemate...dia juga masuk....nombor RJ6969......harga? Rahsia juga.

Mana ada plate negeri lain yg hurufnya 2 angka kan. So ianya dah tentu unik dan cantik dipandang.

Nak taruk kat mana nombor RJ59 tu? Aku terfikir nak beli Honda untuk nombor tu...cuba teka Honda model apa tu.....hihihi.

Sunday, September 13, 2009

Bonus RM500

Cakap mengenai bonus raya yg gomen bagi kat staf sokongan..........walaupun kita tak dapat..tapi jangan sedih. Teringat aku kat tazkirah ustaz bagi semalam masa solat terawih, gap lepas 4 rakaat. Ustaz kata apalah sangat bonus dunia RM500 tu jika nak dibandingkan dengan bonus yg ALLAH TAALA bagi kat akhirat nanti. Semua amalan jika dibuat dalam bulan Ramadhan ni akan digandakan olehNya.

Solat fardhu berjemaah 5 kali x 27 ganda x 30 hari = 4050 bonus. 4050 x pula dengan 1000 gandaan di bulan Ramadhan ni.....Fuhhhh banyaknya = 4,050,000.

Thursday, September 10, 2009

Rumah Nombor 59




Rumah dah hampir nak siap.....tapi alamat belum complete lagi. Rasa-rasanya kalau taruk no.59 boleh tak?


Taruk ajelah kan sebab rumah kita buat sendiri....bukannya rumah taman perumahan kan....

Tuesday, September 8, 2009

KCH59 Kereta Wifeku


Ini pulak kereta wife aku KCH59. Tapi aku yang pakai sebab wife aku takut nak drive...panjang sangat..katanya. Aku pun mula-mula dulu langgar tebing jugak masa parking.....calar dan keluar cat kat bahagian depan kreta. Tapi lepas tu aku pun ubah cara parking....ikut belakang pulak sebab ada reverse camera...so bolehlah nampak kat belakang tu. hihihi.


KCH59 tu tak adala makna apa....cuma nak maintain nombor 59 kat semua kenderaan aku maka carilah nombor tu....termasuklah nombor handphone......XXX9559...hihihihi.

Monday, September 7, 2009

DM59 Keretaku


DM59 keretaku... DM makna nama aku Dzul Musa dan 59 bulan aku kahwin dulu-dulu....5 hb September. Sebenarnya setiap nombor plate cantik/unik kat keta ada maksudnya tersendiri. DM juga boleh berada kat Dr Mahathir...Datuk Mustapha atau sesiapa sahaja.
Aku dapat nombor ni daripada Majalah Motor Trader...ada sorang Cina yang banyak jual nombor dalam majalah tu. Tapi kena la keluar duit sikit.....Datang nombor sekali dengan kereta buruk Ford Telstar reg. Kelantan year 1983. Tapi orang Taiping punye nombor tu.

Thursday, September 3, 2009

Plate Negeri Perlis

Tender nombor pendaftaran kenderaan bagi 'RJ' Negeri Perlis dengar cerita nak keluar pada 8 Sept ni.....jom kita cepat-cepat masuk tender. Uniknya nombor plate 'R' Perlis ni sebab ianya lambat bergerak berbanding plate negeri lain. Setakat ini, dia berada di 'RH'. So nampak macam nombor lama kalau compared to other state. Betul kan?
Jadi bolehlah kauorang masuk seperti nombor: RJ1 ka......kena beribu-ribu juta melon ni....hihihi. Ataupun RJ5......RJ9.....RJ17....RJ71. Kalu nama Railey Jeffri atau Ramli Jantan lagi cantikkan = RJ.