Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Thursday, June 30, 2011

RAHSIA NOMBOR DALAM ISLAM

(taken from google images)
Rahsia disebalik nombor, tarikh kelahiran dan sebagainya
(Edited text from http://www.islamictazkirah.com/tazkirah/rahsia-nombor-dalam-islam-rahsia-disebalik-nombor-tarikh-kelahiran-dan-sebagainya)

“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”
(Q.S. Ar-Ra’du 13 : 8 )

Kata ‘ukuran’ membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk ‘bahasa’ sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah bilangannya. Tidak kiralah ‘bahasa’ apa sebutan yang digunakan untuk memanggil angka ini, ia merujuk kepada ‘perkara’ (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali), UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu). Ia adalah simbol universal. Ia adalah BAHASA ALAM.

Begitu jugalah ‘sesuatu pada sisi-Nya’ yang bersifat UKURAN iaitu NOMBOR. Allah ‘berbicara’ tentang nombor secara jelas (tersurat) dan tersembunyi (tersirat) melalui kalam-Nya di dalam Al-Quran. Ada yang mampu ‘terlihat’ dan jelas terbentang namun ada juga yang tersembunyi dan harus direnungi dan dihayati makna yang tersembunyi. Benarlah firmanNya yang bermaksud: “Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Q.S. Yunus 10: 5)

RAHSIA Surah Al-Fatihah

“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.” (Q.S. Al Hijr 15: 87).

Sebagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Hakikatnya memang benar, 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat. Hakikatnya juga ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali solat sehari semalam. Surah inilah yang dibaca ketika berdoa. Surah inilah yang dibaca di majlis-majlis.

“Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali”

Sedarkah kita bahawa KALENDAR HIJRAH memainkan PERANAN BESAR dalam IBADAH kita. Dan ibadah kita adalah PENGUKUR kedudukan kita sebagai abdi-Nya. Malah ibadah adalah PEMBENTUKKAN DAN PENJANAAN ENERGI (ROH) HIDUP untuk menentukan kualiti kehidupan kita. Sedarkah kita bahawa kita menggunakan KALENDAR HIJRAH untuk:

  • Sambut Awal Muharam
  • Maulidul Rasul
  • Hari Nisfu Syaaban
  • Nuzul Al-Quran
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Hari Raya Eidul Fitri – Zakat Fitrah
  • Hari Raya Eidul Adha – Ibadah Qurban
  • Menentukan WAKTU-WAKTU SOLAT
  • Menentukan tarikh mula PUASA
  • Menentukan tarikh HARI RAYA Eidul Fitri
  • Menentukan Hari Wukuf di Arafah

Saturday, June 25, 2011

Nombor Kenderaan - Unik

Saya petik photo-photo kenderaan dengan nombor pendaftaran yg unik ini daripada add web berikut:


MAFIA- mungkin nak bagi kejutan atau gurauan dengan word "MAFIA" ni.











TV3 - kereta ni pulak mungkin milik bos / tauke stesen TV3 ataupun sesiapa yg kerja kat TV3.....atau sesiapa yg ada kaitan dengan TV3. ataupun juga teruja dengan stesen TV tersebut.







CAS10- ini pulak mungkin ada kaitan dengan mesin kalkulator yg kita selalu guna brand CASIO tu. Samada tauke.......anak tauke...atau apa2 saja yg berkaitan dgnnya.....hihihi.



Yang pasti.....plate kenderaan yg ada bunyi...boleh disebut dan ada makna mudah diingat oleh orang...UNIK dan ada erti tersendiri kepada pemilik.....Anda bagaimana pula?

Saturday, June 11, 2011

Tempahan Nombor Plat Kedah - KDA

Permohonan plat KDA mulai Ahad



(photo taken from google images)

ALOR SETAR - Peminat nombor pendaftaran kenderaan yang menantikan KDA boleh mula membuat permohonan bermula 12 Jun hingga 26 Jun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, pihaknya akan membuka tender bermula pada tarikh itu sehingga jam 12 tengah hari pada hari terakhir.
Menurutnya, nombor pendaftaran KDA menjadi rebutan terutama anak jati Kedah kerana ia singkatan kepada ‘Kedah Darul Aman’ ataupun membawa maksud lain kepada individu.

“Nombor pendaftaran ini simbolik kepada masyarakat di negeri ini, namun kita juga membuka tender ini kepada mereka yang menetap di negeri lain. “Kita juga menganggarkan bidaan nombor pendaftaran KDA ini mampu mencecah RM100,000 kerana mempunyai permintaan yang tinggi daripada orang ramai terutama mereka yang gemar nombor pendaftaran kenderaan,” katanya semalam.

Ahmad Musadad berkata, sebelum ini harga tertinggi nombor pendaftaran kenderaan yang dijual adalah KCQ iaitu mencecah RM85,000 dan diikuti dengan KCT bernilai RM66,000. Beliau berkata, harga minimum yang ditetapkan adalah RM10,000 bagi kategori Nombor Bernilai Utama ataupun Golden Number iaitu bermula angka 1 hingga 10 dan sentiasa menjadi keutamaan serta bernilai tinggi.

Menurutnya, harga minimum bagi kategori Nombor Menarik adalah RM2,000 dan kategori Nombor Popular serta Nombor Semasa ialah RM300. “Mereka yang ingin membuat permohonan perlulah mengisi borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran dan mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri.

“Pemohon juga perlu sertakan surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran, bayaran deposit sebanyak 50 peratus daripada harga tempahan dalam bentuk draf bank, kiriman wang dan wang pos yang dibuat ke atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia,” katanya. Ahmad Musadad berkata, bagi pemilik perniagaan yang ingin memohon perlu disertakan salinan fotostat sijil pendaftaran bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak perlu disertakan salinan lesen perniagaan.

Beliau berkata, mereka yang tinggal di luar negeri ini dan ingin memohon boleh melayari laman web JPJ, iaitu www.jpj.gov.my.