Cars with Nice Plate Number

Cars with Nice Plate Number

Monday, September 28, 2009

Statistik Ops Sikap


Tengahari tadi aku tonton Buletin 1.30 tgh.....antara cerita yg buat aku tertarik ialah angka kematian Ops Sikap yg dipaparkan secara perbandingan tahun 2008 dan 2009. Kalau aku tak silap (kalau silap, tolong betulkan ye) berita tadi paparkan bahawa angka kematian tahun 2008 ialah 208 orang dan tahun 2009 ialah 235 orang.....jadi secara relatifnya, angka kematian tahun ini telah meningkat, walaupun pelbagai kempen telah kerajaan buat....seperti kemalangan sifar (pada 09 sept 2009), kempen pandu selamat (oleh JKJR) dan sebagainya.


Ini menunjukkan bahawa jalanraya di Malaysia adalah jalan maut semasa musim perayaan. Mungkin semuanya nak pandu laju untuk cepat sampai destinasi masing2. Tapi kalau berlaku accident maka terus tak sampai2 ke kampung buat apa?


Maka fikir-fikirlah......

Wednesday, September 16, 2009

No. Plate Baru Perlis - RJ

Plate kenderaan Perlis akan keluar nombor baru tak lama lagi....mungkin bulan depan kot. Tender nombor baru dah keluar 8 Sept dan tutup pada 28 Sept ni....so, sesapa yg teringin nak nombor unik dan cantik Perlis...cepat-cepat la masuk tender.....

Aku dah masuk satu nombor....RJ59. Harga? Tak leh bagitau la....rahsia...ka tender itu rahsia. Hari tu aku pi tender dgn officemate...dia juga masuk....nombor RJ6969......harga? Rahsia juga.

Mana ada plate negeri lain yg hurufnya 2 angka kan. So ianya dah tentu unik dan cantik dipandang.

Nak taruk kat mana nombor RJ59 tu? Aku terfikir nak beli Honda untuk nombor tu...cuba teka Honda model apa tu.....hihihi.

Sunday, September 13, 2009

Bonus RM500

Cakap mengenai bonus raya yg gomen bagi kat staf sokongan..........walaupun kita tak dapat..tapi jangan sedih. Teringat aku kat tazkirah ustaz bagi semalam masa solat terawih, gap lepas 4 rakaat. Ustaz kata apalah sangat bonus dunia RM500 tu jika nak dibandingkan dengan bonus yg ALLAH TAALA bagi kat akhirat nanti. Semua amalan jika dibuat dalam bulan Ramadhan ni akan digandakan olehNya.

Solat fardhu berjemaah 5 kali x 27 ganda x 30 hari = 4050 bonus. 4050 x pula dengan 1000 gandaan di bulan Ramadhan ni.....Fuhhhh banyaknya = 4,050,000.

Thursday, September 10, 2009

Rumah Nombor 59




Rumah dah hampir nak siap.....tapi alamat belum complete lagi. Rasa-rasanya kalau taruk no.59 boleh tak?


Taruk ajelah kan sebab rumah kita buat sendiri....bukannya rumah taman perumahan kan....

Tuesday, September 8, 2009

KCH59 Kereta Wifeku


Ini pulak kereta wife aku KCH59. Tapi aku yang pakai sebab wife aku takut nak drive...panjang sangat..katanya. Aku pun mula-mula dulu langgar tebing jugak masa parking.....calar dan keluar cat kat bahagian depan kreta. Tapi lepas tu aku pun ubah cara parking....ikut belakang pulak sebab ada reverse camera...so bolehlah nampak kat belakang tu. hihihi.


KCH59 tu tak adala makna apa....cuma nak maintain nombor 59 kat semua kenderaan aku maka carilah nombor tu....termasuklah nombor handphone......XXX9559...hihihihi.

Monday, September 7, 2009

DM59 Keretaku


DM59 keretaku... DM makna nama aku Dzul Musa dan 59 bulan aku kahwin dulu-dulu....5 hb September. Sebenarnya setiap nombor plate cantik/unik kat keta ada maksudnya tersendiri. DM juga boleh berada kat Dr Mahathir...Datuk Mustapha atau sesiapa sahaja.
Aku dapat nombor ni daripada Majalah Motor Trader...ada sorang Cina yang banyak jual nombor dalam majalah tu. Tapi kena la keluar duit sikit.....Datang nombor sekali dengan kereta buruk Ford Telstar reg. Kelantan year 1983. Tapi orang Taiping punye nombor tu.

Thursday, September 3, 2009

Plate Negeri Perlis

Tender nombor pendaftaran kenderaan bagi 'RJ' Negeri Perlis dengar cerita nak keluar pada 8 Sept ni.....jom kita cepat-cepat masuk tender. Uniknya nombor plate 'R' Perlis ni sebab ianya lambat bergerak berbanding plate negeri lain. Setakat ini, dia berada di 'RH'. So nampak macam nombor lama kalau compared to other state. Betul kan?
Jadi bolehlah kauorang masuk seperti nombor: RJ1 ka......kena beribu-ribu juta melon ni....hihihi. Ataupun RJ5......RJ9.....RJ17....RJ71. Kalu nama Railey Jeffri atau Ramli Jantan lagi cantikkan = RJ.

Wednesday, September 2, 2009

WHW909

Nombor plate ni kawan saya punya, nama Shanusi Ahmad. Tak tahu la pulak kat kenderaan apa nombor ni berada....sebab dah lama tak jumpa dia sejak saya pindah dari Shah Alam ke Perlis. Mula-mula nombor ni berada kat Wira Aeroback Gold 1.5 (kalau tak silap) kemudian pergi kat Waja Gold 1.8. Terakhir sekali saya jumpa dia, nombor tu rasa-rasanya pergi kat Innova Silver. Shanusi ni kawan lama sejak sekolah besar (UUM) kemudian sambung sekali mengaji kat (ITTHO) (sekarang dah jadi UTHM Johor) .

Kata beliau WHW909 tu maknanya WHW = Wang Hambat Wang dan 909 tu tak ingat dah nombor kenangan apa....cerita dah lama. WHW tu memang sesuai dengan dia sebab dia antara kekawan saya yg pandai buat duit (erti kata lain meniaga).

Itulah Shanusi yang saya kenal.

Tuesday, September 1, 2009

Hadith 1 - Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan 5 perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi ALLAH daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

ALLAH mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu".

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpausa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."